best jugak jadi digital nomad ni..

digital nomad, apa itu digital nomad? 

kat malaysia baru beberapa tahun kebelakangan ni nama tu glamer. sebelum ni orang tak tau pun apa itu digital. kalau di luar negara terutama di sebelah negara eropah sana, digital nomad ni memang dah lama popular. sejak awal tahun 2000 lagi.

apa itu digital nomad - remote worker
digital nomad, buat kerja secara online jer


kalau ikut statistik kerja kat negara eropah, 40 peratus jer yang kerja makan gaji, samada berkhidmat dengan kerajaan ataupun berkerja dengan syarikat swasta. 60 peratus lagi semuanya kerja sendiri. sebahagian besar daripada yang berkerja sendiri tersebut adalah kerja secara online.

mereka ini dipanggil remote worker. ada yang sambil berkerja secara online, mereka mengembara ke tempat-tempat idaman mereka. yang berpindah-pindah tempat kerja ni lah yang dipanggil digital nomad.

antara salah satu sebab kenapa sebelah eropah sana karier sebagai digital nomad terlebih dahulu glamer adalah kerana di sana infrastruktur internet sudah maju pada masa tu. tempat kita beberapa tahun kebelakangan ni saja baru mendapat akses internet yang laju.

sebab itu tempat kita kerjaya sebagai digital nomad ini baru dikenali. 

apa itu digital nomad

panjang pulak intro aku. sebenarnya aku nak share dengan korang tentang apa itu digital nomad. apa maksud digital nomad ni.

macam yang aku cerita sikit kat atas tu, digital nomad ni adalah orang yang berkerja secara bebas, tak ada tempat kerja yang tetap, tak ada masa kerja yang tetap. janji kerja yang mereka kena buat selesai dalam masa yang ditetapkan, mereka akan mendapat bayaran. 

kerja mereka ni semuanya kena buat secara online. sebab tu kalau korang tengok orang yang pakai sempoi, duduk sorang-sorang kat cafe ke, tepi pantai ke, sambil serius mengadap komputer, itu kemungkinan besar digital nomad la tu.

janji ada sambungan internet yang agak laju, mereka akan boleh buat kerja. 

siapa yang biasanya boleh kerja sebagai digital nomad ni?

biasanya gigital nomad ni kerjanya adalah penulis. mereka ada kontrak untuk tulis macam-macam konten. ada juga yang ambil job sebagai penterjemah (translation).

antara kerja lain yang biasanya jadi digital nomad ialah web designer, art designer, orang yang buat coding dan lain-lain yang boleh kerja secara jauh dan tak perlu jumpa client secara berdepan.

tempat yang digital nomad boleh travel

digital nomad ni pun ada limitation. makna kata bukan semua tempat dia boleh travel sambil buat kerja untuk klien. tempat yang diorng boleh travel mesti tempat yang ada sambungan internet yang agak laju. kalau tak macamana diorang nak buat kerja secara online.

apa itu digital nomad - coffee
syiok kan? boleh buat kerja di mana-mana



tu jer buat kali ni aku nak share dengan korang. tentang apa itu digital nomad.

best kan kerja sebagai digital nomad ni. kerja bebas, tak terikat dengan masa. tak terikat dengan tempat. boleh travel kemana-mana bandar besar.

cuma kita orang melayu yag ada tanggungjawab dan keluarga sebenarnya payah nak jadi digital nomad yang betul-betul ni. sebab apa? nantilah aku cerita di next entri kalau ada masa.
Reactions

Post a Comment

0 Comments