senyum boleh merubah dunia! tak caya? gadis ni dah buktikannya

Posted by on Friday, August 4, 2017




dengan senyum sahaja kita boleh merubah keadaan. boleh merubah dunia kita dan dunia orang lain. sebab tu dalam islam kita dituntut supaya senyum. sehinggakan senyum itu dilabelkan sebagai sedeqah... haa yaaa.. dengan senyum sahaja kita dapat pahala sedeqah tau.

perkara dah dibuktikan oleh gadis ni. ni cerita antara gadis tu dan penimbang sayur. dengan senyum sahaja.. apa jadi pada lelaki penimbang sayur? baca ni sampai habis...

sedutan daripada astro awani...:

SEORANG wanita bernama Adlil Rajiah menceritakan pengalamannya berurusan di sebuah pasar raya.



Adlil cuba untuk melemparkan senyuman kepada seorang pekerja lelaki yang bertugas di kaunter timbang sayur sebagai tanda hormat namun tidak dibalas.

Menerusi status Facebook yang telah  dimuat naik oleh Adlil, wanita itu mencoretkan kisah yang dihadapinya bersama lelaki tersebut.

"I went to Giant to buy some sayur.
So masa beratur nak timbang tu,
saya perhati je muka brother kat penimbang tu.
Ketatnya la haiii.

Saya cakap dalam hati--
kalau aku bagi pikap line confirm dia tak gelak ni. Ketat sangat nih.

So I just smiled looking at him,
sambil dalam hati saya doakan semoga Allah berikan dia good news sampai dia boleh senyum lebar selebar lebarnya.

Bila sampai giliran saya untuk timbang--
muka dia masih ketat.
Langsung tak pandang saya.
Apatah lagi nak senyum.

Ah lantak lah.
Habis timbang,
saya ambik sayur saya, dan cakap--

"Terima kasih."

Tiba-tiba brother tu pandang saya.
And he said--

"Sama-sama kak. Akak lah orang pertama yang cakap terima kasih kat saya hari ni. Kalau semua pelanggan macam akak, pandai cakap terima kasih, semangat lah sikit saya nak kerja jaga penimbang nih."

Andddddd he was SMILING!
Sampai nampak gigi dia yang cantik tersusun.

MasyaAllah.
How a simple "thank you" can actually lift up someone's mood.

Saya sendiri tak sangka,
dan mungkin Allah dah makbulkan doa saya,
so terus saya jadi good news untuk mamat tu.

But Alhamdulillah,
I'm happy that Allah gerakkan lidah saya untuk ucap terima kasih and be the reason for his wide smile.

So moral of the story --
never underestimate the power of "terima kasih".

We never know how empowering it can be to boost people's emotional drive.

So jom hidupkan budaya berterima kasih--
walaupun kat benda-benda kecik atau common sense.

Kita berterima kasih bukan sebab nak menghargai semata-mata, tapi sebagai tanda syukur kerana Allah permudahkan urusan kita melalui orang-orang tersebut.


Walaupun kepada penimbang sayur,
atau kepada pengutip sampah,
atau tukang cuci jamban.

TERIMA KASIH.

Dan sebagai ibu bapa,
untuk tanam budaya terima kasih dalam diri anak-anak, we have to lower down our ego and always say thank you to our children.

When they listen to us, say thank you.
When they kiss us, say thank you.
When they finish their food, say thank you.
When they behaved, say thank you.
When they help people, say thank you.

Tak luak pun hormat mereka terhadap kita,
bila kita berterima kasih kepada anak-anak.
Malah anak-anak akan semakin hormat dan hargai ibu bapa, insyaAllah.

The best parenting is through AKHLAK.
Kan?

Haa. Kemain berguna moral lesson yang aku dapat daripada brother penimbang tu tadi.
Terus abadikan sebagai status FB.

Apa pun,
saya percaya hidup kita pasti akan gembira,
bila kita tahu menggembirakan dan menghargai orang lain.

Because we always receive the vibes you send out.
Happy Monday, peeps!" tulis Adlil.

Setakat ini, status Adlil mendapat 670 komen serta 6,00 perkongsian daripada pengguna Facebook.
More about

Nukilan sentap...!

Posted by on Tuesday, July 11, 2017



Nukilan sentap. Copy paste daripada group whatsapp

JIKA SUBUH ...

Jika subuhnya sentiasa dipelihara
Tanda akan selamat dari neraka

Jika subuhnya tiada dia tinggal
Allah melindunginya dari aral

Jika subuhnya didahului sunat
Berganda isi dunia dia mendapat

Jika subuhnya bergelapan ke musolla
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya

Jika subuh ke cerah berwirid lagi
Mendapat pahala umrah dan haji

Namun...

Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya

Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa

Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat

Jika subuh tiada dipeduli
Tanda iman menghampiri mati

Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah

Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit

Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat

Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu

Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang

Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur

Dan...
Jika subuh berjama’ah diringan-ringan
Dapatkah dia memimpin perjuangan?
More about

KISAH SUAMI CURANG ...

Posted by on Monday, July 10, 2017



Seorang isteri ingin menguji suaminya. Apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami tanpa apa² sebab. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.

"Abang, saya dapat merasakan abang curang, & saya ingin keluar dari rumah ini. Selamat tinggal, halalkan makan minum saya. Ampuni segala dosa saya"

Selepas menulis surat & meletaknya dibirai katil, si isteri cepat² menyorok di belakang almari di biliknya. Ingin mengintai reaksi suaminya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suaminya pulang & membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik suratnya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi & terus memakai baju serta wangi²an .

Suaminya mendail & bercakap dengan seseorang.

"Hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadapnya. Bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. Jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang"

Lalu suaminya melangkah keluar dari biliknya & terus keluar dengan keretanya.

Semasa isterinya mendengar percakapannya, isterinya menangis kerana tersangat sedih & apabila suaminya keluar. Dia keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya.

Lalu dia membaca "Aku nampak kaki kau, bongok. Aku keluar sekejap, beli roti"....

😜😜😜😂😂😂😝
More about

Penulis Komik Aku Hidup Dalam Blues Meninggal Dunia

Posted by on Tuesday, July 4, 2017

salam...



kalau sebut nama azzam supardi mesti amat sikit orang yang kena aku rasa. tapi kalau tanya pasal komik "aku hidup dalam blues" mesti ramai yang tau. yang tak pernah baca komik tu pun tau wujudnya konik tu.. kan..?

Komik 'Aku Hidup Dalam Blues' ini amat terkenal sekitar tahun 90-an. ia merupakan hasil kolaborasi Azzam yang juga dikenali dengan nama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang lebih dikenali dengan nama pena Aie.
diakhir hayatnya Allahyarham azzam ada menukilkan status di facebooknya bahawa beliau dimasukan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.


Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam menulis coretan yang menyentuh perasaan seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya.
Catatan tersebut berbunyi: aku penat.., aku letih.., bantu aku..., tolong aku..., dapatkan kembali tidurku yang hilang... Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17am 


'Aku Hidup Dalam Blues' antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang.
Komik tersebut kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku.

moga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang dijanjikan syurga. Aameen.. Ya rabbal aalameen...

belasungkawa azzam supardi...


sumber: http://www.utusan.com.my  
More about

ibubapa kena banyak sabar kalau bayi ada penyakit ni

Posted by on Friday, February 24, 2017

ekzema pada bayi



memang gigih ibubapa kalau bayi atau anak kecilnya ada ekzema. ekzema pada bayi jadi susah sebab bayi masih kecil. dia tak tau macamana nak kawal tangan dia supaya tak menggaru. itu yang jadi masalah sikit.

kalau tak kawal, kulit bayi tadi akan melecet akibat menggaru. kena pulak kalau kuku panjang. memang konfem akan melecet dan berdarah. dah masalah lain pulak jadinya.

kawalan kepada anak kecil supaya dia tak menggaru bukan sahaja masa siang. malam nanti lagi kronik. sebabnya malam kita pun nak tidur. tapi dah kena jaga dia pasti tidur kita terganggu. 

sebab tu aku cakap ibubapa yang ada anak sakit ekzema memang gigih. kalau dia bersabar dan redha atas ketentuan tuhan, banyak dapat pahala sabar. tapi itulah kengkadang tak tahan juga..

ada cara tertentu yang khas untuk rawat penyakit ekzema. sekurang-kurang dapat menten penyakit tu supaya tidak melarat. 

keyword dia, kulit pesakit ekzema mesti kena sentiasa lembab. banyak krim dan losyen kat luar sana yang boleh disapu untuk kekalkan kelembapan kulit.

sekarang ni aku tengok ada orang cegah ekzema dengan air kangen. dengan ph yang sesuai, kulit pesakit ekzema boleh dikekalkan dalam keadaan yang sentiasa kering.

aku akan ceritakan tentang perubatan dengan air kangen untuk pesakit ekzema di lain entri.

sehingga bertemu lagi...
More about

gel untuk hubungan intim yang tengah viral sekarang

Posted by on Thursday, January 19, 2017

ubat tahan lama ketika setubuh.. ubat sempitkan faraj isteri...


fuuuh.. hahahah.. gelak dulu...

semalam sembang dengan member. dia dah jadi stokis untuk armor gel, produk unik hasil daripada campuran gambir sarawak dan manjakani.. aku dengar jer 2 bahan tu pun dah boleh agak produk ni untuk hubungan intim suami isteri.

tu belum masuk goji lagi tu. masuk bahan goji tu memang tak tahan la. pening la kepala jadinya. walaupun nafsu menggila.

hahahah.. berbalik kepada armor gel.. dah viral kata member aku tu. rata-rata lelaki yang dah bergelar suami tengah cari produk ni. hurmmm memang laku keras betul la kalau produk gini.

tapi aku tak salahkan diorang cari produk macam tu. untuk kepuasan maksimum apa salahnya. isteri dan diri sendiri jugak yang puas nanti. bagus untuk keakraban hubungan suami isteri.

cuma aku nsihatkan jangan guna dengan membabi buta. periksa dulu kandungannya. kalau ada bahan yang merbahaya better tak yah la ambil. terutama produk yang kena makan. bahaya wooo untuk buah pinggang.

tapi produk yang tengah viral ni aku dah cek kandungannya. gambir sarawak dan manjakani. hurmmm tu tumbuhan ubatan asli yang datuk nenek kita gunakan tu. so ok la produk ni. lagipun ia bukan untuk dimakan. ia kena sapu jer kat anu tu.

secara teorinya dua benda ni kalau combine memang mantap. gambir untuk performance yang lama. manjkani pulak untuk ketatkan faraj isteri. perghhhh...! ini adalah ubat untuk tahan lama ketika setubuh. dan juga ubat untuk jadikan faraj isteri sempit ketat. 
aku nanti aku try jugak ni kalau betul-betul jadi. hehehehe..


ni ha blog armor gel member aku:



korang boleh ushar nanti.
More about

tips rendahkan kolestrol dalam darah

Posted by on Wednesday, January 18, 2017

kawan aku, sebelum ni sihat jer... tapi tetiber dia kena demam yang agak lama. badan lemah jer katanya. sendi pun lemah. kepala dia pening semacam jer. kalau berjalan rasa macam berjalan atas bot ditengah lautan katanya. 

aku cadang supaya dia pergi jumpa doktor. dia ikut cadangan aku. ambik darah dan buat test urine kat klinik. 3 hari lepas tu keputusan ujian darah dan air kencing dapat. yang lain ok. cuma kolestrol dalam darah beliau memang tinggi.


daripada situ aku pun mula mencari tips untuk rendahkan kolestrol ni. ni ha aku dapat.

tips dan makanan yang boleh rendahkan kolestrol


1. amalkan pemakanan Oat, oat bran dan makanan tinggi serat 

oat paling popular yang diamalkan oleh orang yang ingin rendahkan kadar kolestrol dalam badan. oat ada kebolehan menyerap kolestrol dan lemak. lama-lama makan oat sambil kurangkan makanan berkolestro tinggi dan ditambah dengan senaman, sekejap jer kolestrol turun.

2. Ikan dan Omega-3 asid lemak 

ini bagus juga untuk jantung sebenarnya. antara ikan-ikan yang patut dimakan oleh orang yang berkolestrol tinggi ialah: 


  1. Kembung
  2. Tasik trout
  3. Herring d. Sardin
  4. Tuna albacore f. Salmon
  5. Halibut 

panggang atau bakar amat disarankan untuk mengelakkan minyak berlebihan. 


3. Walnut, badam dan kacang lain 

haaa.. makanan kekacang ni juga bagus untuk rendahkan kolestrol. 

4. Minyak zaitun 

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang boleh kurangkan kolestrol jahat (LDL). 

5. Makanan dengan sterol tumbuhan stanols atau ditambah 

Makanan kini boleh didapati yang telah diperkayakan dengan sterol atau stanols - bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin, jus oren dan minuman yogurt dengan sterol tumbuhan yang ditambah boleh membantu mengurangkan kolestrol 

haa.. tu dia makanan yang patut korang yang ingin rendahkan tahap kolestrol dalam badan. cuba ikut secara disiplin. 

oh ya.. manis dan masin pun kena kurangkan ya... kuih muih yang manis-manis tu kalau boleh kurangkanlah. kalau terliur sangat kuih keria yang viral tu, buatlah sendiri dengan kurangkan gula. boleh rujuk entri resepi kuih keria gula melaka ni untuk kuih keria yang sedap.
More about