Melayu Boleh Jadi Hebat...

Melayu Boleh yang macam ni lah yang kita tak nak

Melayu boleh jadi hebat dalam apa jua bidang yang diceburi. Dengan syarat melayu kena ubah gaya pemikiran. Berfikir positif, jangan cepat mengalah, rajin cari ilmu, jangan terlalu mengharapkan bantuan luar dan lain-lain adalah antara faktor yang akan mengangkat melayu menjadi hebat.

Saya mengambil contoh dalam bidang perancangan kewangan. Dulu industri ini dikuasai oleh orang bukan melayu. Consultant insurans dan takaful, juga penasihat wasiat, kebanyakkannya terdiri daripada orang bukan melayu. Mereka ini lebih dahulu mencipta kejayaan dalam industri ini dengan pendapatan tanpa syiling.

Setelah sekian lama, barulah ada segelintir orang melayu yang sedar bahawa kaum melayu boleh juga menjadi seperti orang bukan melayu. Yang sedar ini adalah mereka yang mempunyai sifat-sifat positif yang saya sebutkan di atas tadi.

Saya amat bersetuju dengan apa yang diolahkan oleh sohoque.com dalam entrinya yang bertajuk " Melayu Boleh Maju Dalam Bidang Unit Trust Dan Takaful ".

Sekarang memang telah terbukti yang melayu boleh dan memang boleh kalau mereka memberi tumpuan dan usaha dengan disertai ilmu yang cukup.

Begitu juga dalam industri blogging. Dulu perkataan blog amat janggal di kalangan orang melayu. Namun kita, melayu sudah membuktikan bahawa melayu boleh menjadi antara yang terbaik di dalam industri blogging. Lihat sahaja Denaihati, seorang blogger yang cukup humble tetapi pencapaiannya dalam bidang blog amat memberangsangkan. Pendapatan daripada blog juga amat lumayan.

Denaihati juga mempunyai rangkaian blogger yang cukup ramai di sekelilingnya. Blogger-blogger yang baru naik seperti sohoque, MrJocko dan lain-lain banyak menimba ilmu daripadanya.

Kejayaan denaihati membuktikan melayu boleh berjaya dalam bidang blogging.

Sebenarnya, sebut sahaja bidang, melayu boleh berjaya. Namun yang paling utama ialah sikap. Sikap malas, terlalu mengharapkan bantuan, tidak suka mencari ilmu, takut kepada risiko, berfikiran negatif dan sebagainya harus dibang jauh-jauh. Barulah melayu boleh dan betul-betul berjaya dalam segenap bidang yang diceburinya.

Contest Melayu Boleh yang dianjurkan oleh blog Beritakaki ini pun sebenarnya sudah membuktikan bahawa kita boleh berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu. Contest ini berjaya menaikkan keyword melayu boleh di enjin carian google yang sudah sekian lama dikuasai dengan blog dan website lucah.

Tahniah kepada penganjur!!!

Coretan saya ini bukanlah untuk memenangi pertandingan tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan lagi contest yang sungguh positif ini.

Ayuh Melayu! Kamu boleh!!
Reactions

Post a Comment

0 Comments