Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam Wajar.. WTH.. Betul ke?

 Penalti 'hantu' Vietnam telah diberikan dengan betul mengikut Undang-undang 12.4 FIFA.

Betul ke keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato yang memberikan penalti kepada pasukan Vietnam di Kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 malam tadi?


Yang pasti keputusan ini dilihat sebagai melulu dan sangat berat sebelah dan membuahkan rasa marah dan jengkel kepada rakyat Malaysia serta penyokong setia Harimau Malaya. 


Kalau dilihat di kaca television tiada apa kesalahan yang dibuat oleh pemain pertahananan Harimau Malaya, Azam Azmi. Beliau menyekat serangan daripada pemain Vietnam, Doan Van Hau dan “clearkan” bola daripada kawasan penalti. Selepas itu dihujung klip video ternampak kedua-dua pemain Malaysia dan Vietnam terjatuh diluar garisan gol akibat momentum larian dan pertembungan mereka.


Permainan diteruskan seperti biasa seketika selepas itu, sebelum Ryuji Sato meniup wisel dan mengisyaratkan tendangan penalti dihadiahkan kepada pasukan Vietnam. Lebih parah lagi, Azam Azmi dilayangkan kad merah secara terus dan diarahkan keluar padang. Rata-rata penyokong Harimau Malaya yang menyaksikan perlawan secara langsung ini “bengkek” dan marah dengan keputusan ini. 


Malah aku sendiri pun dah malas nak tengok game selepas insiden ini. Dalam kepala aku memang Malaysia dah kalah unless miracle terjadi. Ya lah.. Malaysia tengah ketinggalan dengan satu gol, nak balas sikit punya susah. Walaupun seorang pemain Vietnam dibuang padang pun Malaysia tak boleh memanfaatkan peluang, inikan pula pemain Malaysia juga dibuang padang.


Lepas tu aku memang tak kesah pun bini mintak remote tv dan alih siaran ke TV3 untuk tengok drama swasta dia. Hahaha..


Keputusan Penuh, Vietnam telah berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 3-0 pada perlawanan hari ketiga Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, hasil jaringan Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc.




 

Pada aku perlawanan memang penuh semangat daripada kedua-dua pasukan yang pastinya inginkan kemenangan. Cuma mutu pengadilan yang agak kureng itu menjadikan kerancakan permainan terbantut. Sikit-sikit nak tiup wisel.. Adoiii..! 


Pada perlawanan itu juga, kita turut  menyaksikan pengadil warga Jepun Ryuji Sato menyerahkan dua kad merah.

 

Penyerang Vietnam, Nguyen Van Toan diberikan arahan keluar padang pada separuh masa pertama selepas mengutip dua kad kuning sebelum pemain Malaysia Azam Azmi dihadiahkan merah kerana kekasaran diluar padang, di belakang kotak penalti Harimau Malaya.

 

Insiden terakhir itu membawa kepada perdebatan berterusan di media sosial kerana ramai peminat tidak memahami mengapa Vietnam dianugerahkan penalti 'hantu' yang membawa kepada gol kedua mereka berikutan kekasaran Azam di luar padang permainan terhadap Doan Van Hau.


Sebenarnya kekasaran yang dilakukan Azam Azmi terhadap Doan Van Ha tidak mampu dilihat dengan jelas oleh kita yang menonton menerusi kaca TV. Ianya tidak sempat drakam sedikit sahaja. Itu pun daripada jauh. Itulah kelemahan sistem rakaman bolasepak di Asia termasuk di negara kita sendiri. Jika insiden seperti ini berlaku di negara maju, pasti insiden kekasaran diluar kotak penalti itu akan disiarkan dengan jelas.

 

Menurut Undang-undang FIFA 12.4, apabila bola dalam permainan: 


"Seorang pemain melakukan kesalahan terhadap pegawai perlawanan atau pemain lawan, pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan di luar padang permainan atau


"Seorang pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan melakukan kesalahan terhadap, atau mengganggu, pemain lawan atau pegawai perlawanan di luar padang permainan,


"Permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma pada garisan sempadan yang paling hampir dengan tempat kesalahan/gangguan berlaku; untuk kesalahan sepakan percuma terus, sepakan penalti diberikan jika ini berada dalam kawasan penalti pesalah."

 

Dalam kes ini, kesalahan Azam terhadap Doan Van Hau dilakukan semasa bola dalam permainan dan dilakukan di luar padang permainan, bermakna pasukan yang tidak melakukan kesalahan (Vietnam) telah diberikan penalti dengan betul kerana sepakan percuma terus mesti diberikan. pada garisan sempadan yang paling hampir dengan kesalahan luar padang.

 

Oleh itu, penalti telah diberikan kerana kesalahan itu berlaku "dalam kawasan penalti pesalah."


Vietnam telah diberikan penalti dengan betul, yang disempurnakan dengan baik oleh Que Ngoc Hai.


Tentang Kad Merah..


Mengenai topik kad merah, pengadil boleh menganggap kekasaran Azam sebagai kelakuan ganas dan patut dikenakan tindakan merah.


melihat tangkap layar ini lagi menyirap hati. Terang-terang Ryuji Sato ni penyokong Vietnam 


 

Golden Star Warriors akan berpeluang untuk melebarkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan B apabila mereka melawat Singapura pada 30 Disember.

 

Sementara itu, Malaysia boleh kembali ke arah kemenangan apabila mereka menentang Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.


Diambil daripada post asal oleh: Main Stand - International

Reactions

Post a Comment

0 Comments