Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah (KAKDB) | Sebuah lagi drama adaptasi daripada novel tulisan novells Wawa Akil. Drama ini sedang ditayangkan di kaca TV di Slot Akasia TV3. sekarang dan sedang mendapat sambutan ramai. Drama ini menarik kerana kisah dan plotnya agak lain dri yang lain. Drama terbitana Nuansa Sdn Bhd ini diarahkan oleh saudara Osman Ali dengan memperjudikan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sebagai peneraju utamanya. Sebelum itu, saya sertakan info ringkas berkenaam drama ini:

– Episod: 28
– Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
– Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
– Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
– Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
– Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
– Produksi: Nuansa Sdn Bhd
- Lagu OST: Genggam – Aliff Aziz

Ku Akad Kau Dengan Bismillah - poster


Pelakon dan watak KAKDB:

  • Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah 
  • Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
  • Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
  • Jasmine Suraya sebagai Maira
  • Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
  • Didi Astillah sebagai Aqilah
  • Halim Radzi sebagai Haikal
  • Letchumi Sandraj sebagai Reena
  • Jasper Supayah sebagai Najia
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
  • Kuna Muzani sebagai Umi
  • Shahidan Izwan sebagai Aidil
  • Hilal Azman sebagai Zahid
  • Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar 
  • Ammar Bahri sebagai Manan
  • Ayu Ayuni sebagai Alia
  • Syrul Ezwan sebagai Raziq
  • Adwafri Shah sebagai Kamarul
  • Een Efendi sebagai Maksu
  • Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
  • Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
  • Saiful Ghaz sebagai Bazli
  • Addin Baharudin sebagai Firdaus
  • Naim Shamshol sebagai Fahmi

Nantikan drama adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah. 

Ku Akad Kau Dengan Bismillah - pelakon


Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Hannah, seorang usahawan kedai hiasan pada suatu hari telah mendapat kejutan yang tidak disangka dan diingininya.

Apabila terjaga daripada lena pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sisi seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden ini telah mengubah 360 darjah hidup Hannah. Dengan peristiwa ini juga beliau telah disisih keluarganya. Kecewa dengan semua yang berlaku, Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang untuk mencari ketenagan diri.

Namun, takdir telah mengubah segalanya. Lelaki asing tersebut muncul kembali menghantui dirinya setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, lelaki yang dimaksudkan adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pembinaan. Beliau muncul kembali dalam hidup Hannah dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian seperti ini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Baca: Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah (episod 1 – 28)

Menjadi seorang gadis bernama Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukannya mudah. Maruahnya hancur sekelip mata. Di sisinya, seorang lelaki yang tidak dikenalinya tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.

Tiada daya dan tiada upanya tika itu. Hanya tangisan deras mengiringi. Luluh hatinya, hancur jiwanya. Maruahnya tercemar. Disebabkan peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala memori dan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Menjadi Luth Mikail juga tentunya sukar. Gadis itu bukan kenalannya tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Ketika dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek kerana khianat dan benci.

Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Disebabkan dia, gadis tidak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah. Asbab gadis itu juga dia berubah.

Pertemuan tanpa diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini kembali bernyawa. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa gadis bernama Raisya Hannah sudah lama mati tidal bernyawa.

Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail

Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah Raisya

Bagaimana kesudahan cerita mereka nanti. Mampukah Luth Mikail melenturkan api kebencian si isteri dan mampukah Hannah Raisya berterusan membenci suaminya sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan?

Jawapannya ada dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Reactions

Post a Comment

0 Comments