resipi char kuey teow yang mudah ringkas tapi sedap

Posted by on Tuesday, January 12, 2016

Char kuey teow 


Sedap...! aku memang suka giller dengan menu ni. kalau aku buntu nak makan apa mesti aku pilih menu ni.  senang.. tak perlu fikir panjang-panjang. aku ni bukan suka fikir panjang-panjang bab-bab makan ni. mana yang ada aku sebat jer. janji perut kenyang.

banyak restoran yang sediakan menu char kuey teow ni. cuma sedap ke tak sedap tu atas kepandaian restoran tu la. sebabnya menu ni senang untuk disediakan. bahan-bahan ringkas. cara nak buat pun simple. cuma nak tau resepi jer.

char kuey teow (kredit: google)


ni ha aku sediakan resepi yang aku ambik daripada kawan aku. resepi char kuey teow yang mudah, ringkas dan sedap. memang sedap wooo. serius. kalau tak caya, korang boleh cuba nanti.

resepi char kuey teow mudah ringkas dan sedap!


resepi yang aku kongsikan ini ialah resepi ataupun cara memasak char kuey teow yang amat mudah dan ringkas tetapi rasanya tetap sedap!

Bahan-bahan resepi ini


  • Sebungkus kuey teow
  • 20 ekor udang saiz sederhana
  • 1 ½  cawan isi kerang. pastikan ianya telah direbus terlebih dahulu
  • 2 biji telur ayam
  • Daun kuchai – dipotong lebih kurang 2 inch
udang bersaiz sederhana (kredit: google)


Cara penyediaan resepi ini


  1. Panaskan kuali dengan api yang besar dan masukkan minyak masak
  2. Masukkan udang. Goreng udang lebih kurang 20-30 saat. lepas itu masukkan isi kerang rebus tadi
  3. Masukkan kuey teow dan daun kuchai..gaul hingga sebati
  4. Pecahkan telur ayam, dengan segera masukkan kicap Char Kuey Teow (mengikut jenama pilihan masing-masing) 
  5. Kacau dengan sebati telur dan kicap lebih kurang 5-8 saat
  6. Tutup api dan terus hidangkan.

nota:
** Api dapur mesti besar
** kena hidangkan terus char kuey teow untuk elakkan ia kembang
** tak perlu tambah garam atau gula jika korang gunakan kicap ilham.

Ini  sukatan bancuhan pati  kicap Ilham Untuk sepaket kuey teow :-
1 ½ cawan air + 15 sudu pati kicap Char Kuey Teow Ilham

tadaaa. semudah itu untuk menyediakan resepi terbaik char kuey teow yang mudah ringkas tetapi mengekalkan rasanya yang sedap.

anda boleh cuba resepi ini. amat sesuai untuk korang yang sibuk dan tak der masa nak buat details bagai.


jika kena caranya mesti resepi hidangan char kuey teow yang ringkas dan amat sedap ini akan menjadi resepi feveret anda.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment