3 tempat makan menarik dan best di cyberjaya

Cyberjaya selain daripada tempat berpusatnya syarikat-syarikat teknologi dan telekomunikasi yang utama di Malaysia adalah juga tempat tertumpunya tempat-tempat makan yang best dan menarik.

3 restoran ataupun tempat makan yang aku pernah singgah dan ianya ternyata sanngat best di cyberjaya ini ialah restoran saba, crab hut asia dan trulia cafe.

Restoran nasi arab saba



Restoran ini aku rasa adalah antara restoran yang menyajikan pelbagai menu nasi arab yang terawal di malaysia. Pada masa itu tak banyak restoran nasi arab macam sekarang ni.

Terletak di cyberjaya, pada masa awal penunuhannya kawasan sekitar bangunan tempat restoran ini bernaung masih belum banyak bangunan lain yang dibina tidak sleeti sekarang.

Walaupun paling lama, rasanya bagi aku masih tidak berubah. Masih nombor 1 berbanding dengan restoran nasi arab yang muncul selepasnya. Kali terakhir aku ke sini adalah 2 bulan yang lepas.




Namanya saja pun dah mencerminkan apa menu di restoran ini. Ya... Menu seafood. Makanlah seafood puas-puas jika ke sini.

Ada macam-macam menu seafood. Lobster pun ada. Besar-besar lobsternya. Diimport daripada USA lagi.

Selain daripada pilihan menu seafood yang banyak, keunikan restoran ini juga adalah ia ada menu seafood bag. Menu ini diisi dalam beg plastik dan dituang ke atas meja yang siap berlapik plastik bersih.

Pelanggan boleh makan daripada atas meja begitu sahaja tanpa pinggan. Sangat thrill sebab tak ada kat tempat lain.

Trulia cafe



Trulia cafe cyberjaya ini adalah restoran asian cuisine yang menyajikan menu-menu melayu dan asia. Ia terletak di kawasan yang tidak jauh daripada bangunan yang terletaknya restoran nasi arab saba.

Kebanyakan makanan di sini sedap-sedap. Yang pasti harganya agak murah berbanding dengan restoran yang lain.

3 restoran di atas adalah antara restoran ataupun tempat makan yang aku anggap paling best dan sedap di cyberjaya. Kalau korang datang ke cyberjaya dan teringin nak makan, korang cuba restoran-restoran ini.
Reactions

Post a Comment

0 Comments