Sinopsis Tentang Hati Dia

Di saat artikel ini ditulis, drama bersiri 'Tentang Hati Dia' yang diadaptasi daripada novel 'Kapcai Girl vs Encik Superbike' karya Bunga Amani, telah pun ditayangkan sebanyak 16 episod. Drama ini ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 3 Julai 2023 lalu, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam, Ia juga disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi bermula jam 8 malam di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com/local. Sejak dari itu ramai yang tertanya-tanya tentang sinopsis Tentang Hati Dia ini. 




Info Ringkas Drama Tentang Hati Dia


Jumlah episod: 28 episod

Tarikh Mula Tayangan: 3 Julai 2023

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian/SLot: TV3/Akasia, iQIYI

Penulis Skrip: Farhana Fauri

Pengarah: Amor Rizan

Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd


Lagu OST:


Cintamu Yang Satu - Ning Baizura 

Milik Kita - Adira Suhaimi


Pelakon dan Watak Drama Tentang Hati Dia

 

  1. Aliff Aziz sebagai Wafi
  2. Trisha Ooi sebagai Tiara
  3. Nafiz Muaz sebagai Khalid
  4. Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
  5. Nur Aliah Lee sebagai Sharifah
  6. Nurin Afiqah sebagai Darina
  7. Saidah Kamarudin sebagai Shida
  8. Sazrin Aizul sebagai Waris
  9. Nina Smith sebagai Lily
  10. Amir Mirza sebagai Aliff
  11. Muaz Zabir sebagai Hisyam
  12. Nik Ramly Rejab sebagai Pak Salleh
  13. Ayu Falizna sebagai Mak Tun
  14. Al-Rayyan Ho sebagai Fairuz
  15. Laura Olivia sebagai Cica
  16. Ieka Zulkifli sebagai Maksu
  17. Ziha Salleh sebagai Liana


Sinopsis Tentang Hati Dia (Versi Drama TV)


pelakon utama Tentang Hati Dia



Tiara ialah seorang gadis remaja yang tinggal di kampung bersama emaknya dan menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya. Sewaktu menanti keputusan peperiksaan SPM, dia menyedari bahawa dia hamil akibat dari hubungannya terlarangnya dengan Khalid. Ibunya, Fatimah, sangat marah apabila mengetahui tentang kehamilan Tiara dan memaksa dia untuk menggugurkan kandungan tersebut.


Wafi, sahabat baik Khalid, baru kembali dari belajar di luar negara dengan niat untuk berkahwin dengan tunangnya, Darina. Namun, semangatnya pudar apabila hubungan jarak jauh dengan Darina berakhir dengan permintaan untuk memutuskan pertunangan mereka.


Konflik mencapai puncaknya apabila Tiara, yang merasa bersalah atas perbuatannya, pergi ke ibu kota mencari Khalid yang telah menghilangkan diri. Dia berharap Khalid dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Mampukah Tiara menemukan Khalid dan mengatasi masalahnya? Sementara itu, bagaimanakah nasib Wafi? Masihkah ada ruang bagi cinta dalam hatinya setelah dikecewakan?


Sinopsis Tentang Hati Dia (Versi Novel)


Semuanya bermula dari pertemuan yang tak disangka-sangka, sebuah titik tolak bagi ikatan cinta yang rumit dan sulit untuk diurai hingga akhirnya menjadi ikatan suci yang erat.


Perselisihan antara Tiara dan Syed Wafi, akibat salah faham, terus berlanjutan. Syed Wafi ingin permohonan maaf dari Tiara karena telah memukul dan menamparnya. Namun Tiara menolak untuk memberi perhatian pada lelaki yang dikenal sebagai pemabuk itu. Sebenarnya, siapa yang bersalah, Syed Wafi atau Tiara?


Namun, entah bagaimana, perselisihan mereka berubah menjadi babak lain yang sulit difahami oleh Tiara. Bagaimana bisa Syed Wafi yang selalu menyatakan kebencian dan mencemuhnya menjadi suaminya? Bilakah pertunangan mereka? Bilakah mereka jatuh cinta? Dan bilakah Tiara akhirnya setuju menerima lamaran Syed Wafi?


Bagi Syed Wafi, Tiara sebenarnya tidak pernah tahu perasaannya. Dia tidak pernah meluahkannya dengan jelas. Namun, dia mengakui bahawa Tiara adalah wanita yang selama ini diimpikannya. Sikap buruknya terhadap Tiara hanyalah cara untuk mendapatkan perhatiannya.


Namun, tidak mudah untuk membangunkan hubungan yang kuat tanpa dasar yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan oleh Syed Wafi tidaklah mudah diperolehi. Namun, sejauh mana kesabaran Syed Wafi dalam meraih cintanya? Apa rahasia yang Tiara simpan hingga dia menolak cinta itu dengan tulus?


Penutup


Yang pernah membaca novel ini pasti "feeling" yang mereka dapat akan lebih mendalam. Cuma mereka perlu membuka minda. Sebab biasanya drama yang diadaptasi daripada novel ini akan diubah sedikit jalan ceritanya untuk menyesuaikan dengan banyak faktor termasuk pelakon, keadaan semasa dan lain-lain lagi.


Jadi janganlah "expect" ianya sebijik macam dalam novel..!


Yang belum mebaca novelnya tidak mengapa. Kalian ok sahaja dengan menonton kisahnya di TV. Sekarang dah berlangsung lebih separuh daripada keseluruhan episod. Jadi yang terlepas episod-episod awal, boleh lah layan di tonton ataupun iQIYI untuk menonton episod-episod yang terlepas.


Sememangnya kalian tak akan tahu keseluruhan kisah dengan setakat membaca artikel sinopsis Tentang Hati Dia ini sahaja. Kalian kena tonton sendiri di kaca TV, Barulah syiok dan ada "feel".


Selamat menonton gais..!


Baca juga: sinopsis drama kekasih paksa rela




 


Reactions

Post a Comment

0 Comments