Biodata Essam Muhammad Suami Baru Mizz Nina

tup-tup kedengaran mizz nina kahwin lagi buat kali kedua. macam tak ada angin, tak ada ribut. macam tiba-tiba je kan..? itulah dia jodoh ketentuan ilahi. siapa sangka dengan essam muhammad jodoh mizz nina kali ini selepas bercerai dengan noh salleh (hujan). tapi siapa essam ni sebenarnya? sampaikan mizz nina pun sangkut.. ni aku try tuliskan serba sedikit biodata essam muhammad, suami baru mizz nina.. 


bidata essam muhammad



biodata essam muhammad 


nama: saudara essam muhammad 

agama: islam (dilahirkan sebagai seorang islam) 

warganegara: amerika syarikat 

keturunan: maghribi 

tempat tinggal: seattle (salah sebuah daerah di amerika syarikat) 

pekerjaan: penyanyi (rap) dan penulis lirik, motivator, pendakwah, aktivis komuniti, pelakon (filem: purple don't cry 

album: 12.12 dan chapter20six 


biodata essam muhammad rapper



baca: biodata nabi muhammad (manusia agung)


Essam muhammad ni bukanlah seperti penyanyi rap amerika lain tu. Lirik-lirik yang kebanyakannya ditulis sendiri oleh beliau banyak berunsur motivasi diri, dakwah dan ketuhanan.  


Beliau yang banyak diundang untuk berkongsi pengalaman hidup dan inspirasi bukan sahaja dari kalangan komuniti setempatnya malah turut dijemput ke seluruh negara. 


Di seattle, saudara essam muhammad banyak berkongsi pengalaman dan membantu mencipta ruang kepada penyajak-penyajak muda di sana untuk berkongsi idea dan hasil kerja seni mereka. 


Minat beliau dalam muzik bergenre hip hop ini berakar umbi di dalam diri beliau sejak berumur 9 tahun lagi apabila beliau banyak mendapat pendedahan dengan muzik itu. Dari situ beliau mula mengorak langkah untuk menjadi seorang penyanyi rap.  


Namun dek kerana dilahirkan sebagai seorang islam saudara essam muhammad ini tidak hanyut dalam dunia hiburan seperti artis-artis lain. Beliau menjadikan platform muzik ini untuk beliau salurkan tentang dakwah dan ketuhanan. Ini dakwah cara halus dan dapat menyentuh hati pendengar. Tambah-tambah lagi pendengar dan pengikut di amerika yang kebanyakannya bukan islam. 


kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara yang saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya” - ujar essam muhammad sewaktu ditemubual oleh south seattle emerald. 

 

haaa.. bukan calang-calang kan bro essam muhammad ni. kalau tak kahwin dengan mizz nina sampai sekarang aku tak kenal dan tak tahu biodata essam muhammad ni. haha 

 

apa-apa pun, semoga mizz nina bahagia dengan suami barunya ini. semoga bro essam muhammad dapat membimbing mizz nina dengan sebaiknya.. sampai syurga. semoga mereka bahagia dan mendapat keredhaan ilahi. 


 

"Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah" - mizz nina 


itulah serba ringkas biodata essam muhammad yang aku dapat cari.


sumber: mstar


baca juga: biodata malique too phat

 
 

 

Reactions

Post a Comment

0 Comments