Kelebihan berdoa selepas asar hari jumaat

petang jumaat. apa yang istimewanya petang jumaat ni? hari terakhir kerja? besok dah hujung minggu? nak lepak dengan rakan-rakan?


sebenarnya hari jumaat ni adalah hari paling mulia di antara hari-hari yang lain dalam seminggu. selain daripada hari ini di adakan perhimpunan besar-besaran di masjid sempena solat jumaat, hari jumaat juga hari dijadikan nabi adam. hari ini juga dicampakkan baginda ke dunia. dan hari ini juga akan berlakunya hari kiamat.


doa selepas asar hari jumaat cepat dimakbulkan Allah



di petang hari jumaat ini ada satu waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa. waktunya adalah di antara selepas azan asar sehinggalah sebelum azan maghrib. waktu ini adalah antara waktu yang doa mudah makbul. ini merupakan kelebihan berdoa selepas asar di hari jumaat. ada hadiths pasal ni.


(1) Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yg tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu daripa Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada WAKTU AKHIR SETELAH ‘ASAR.” (HR An-Nasai, Abu Daud).
(2) Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu SETELAH ‘ASAR sampai tenggelamnya matahari.”
 (HR At-Tirmidzi : Sohih;  al Albani : Hasan).


jom kita ambil peluang pada waktu ini di setiap minggu.


oh ya, di hari jumaat ini ada sedikit perkongsian yang gua dapat dari whatsapp tadi:

Pesan seorang Murabbi,


"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud). Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'. Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."


Jadikan sebagai ikhtibar.

selamat hari jumaat. selamat berdoa.
Reactions

Post a Comment

0 Comments