Penulis Komik Aku Hidup Dalam Blues Meninggal Dunia

salam...



kalau sebut nama azzam supardi mesti amat sikit orang yang kena aku rasa. tapi kalau tanya pasal komik "aku hidup dalam blues" mesti ramai yang tau. yang tak pernah baca komik tu pun tau wujudnya konik tu.. kan..?

Komik 'Aku Hidup Dalam Blues' ini amat terkenal sekitar tahun 90-an. ia merupakan hasil kolaborasi Azzam yang juga dikenali dengan nama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang lebih dikenali dengan nama pena Aie.
diakhir hayatnya Allahyarham azzam ada menukilkan status di facebooknya bahawa beliau dimasukan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.


Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam menulis coretan yang menyentuh perasaan seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya.
Catatan tersebut berbunyi: aku penat.., aku letih.., bantu aku..., tolong aku..., dapatkan kembali tidurku yang hilang... Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17am 


'Aku Hidup Dalam Blues' antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang.
Komik tersebut kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku.

moga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang dijanjikan syurga. Aameen.. Ya rabbal aalameen...

belasungkawa azzam supardi...


sumber: http://www.utusan.com.my  
Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. eh. saya dulu peminat setia 'aku hidup dalam blues' ni. baru tahu nama dia Azzam Supardi.. huhu..

    Sedihnya, al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. perginya secara tiba2. Mama pun peminat setia komik ni juga

    ReplyDelete
  3. Innalillah. Dulu tahun 90-an baca Ujang mencari jugak karya dia.

    ReplyDelete