apa masalah pendaftaran idme kementerian pendidikan?

Masalah dengan pendaftaran darjah satu sekolah rendah. Masalah daftar darjah satu ini sebenarnya adalah masalah pendaftaran idme kementerian pendidikan (idme.moe.gov.my), iaitu portal pendaftaran untuk kemasukan murid darjah satu yang baru dilancarkan mulai tahun ini. 



Apa masalahnya sebenarnya. Jap, aku intro dulu. Hehe 

Dunia sekarang dunia digital. Hampir semua perkara dah boleh buat secara atas talian. Ini ternyata membantu dan lebih menyenangkan kita. Betullah kata orang, teknologi itu memudahkan kita. 


Kita dah tak boleh menulak teknologi dengan pelbagai alasan rekaan sendiri. Kita mesti mengikut perkembangan semasa dan “memeluk” teknologi. jika tidak tahu dan tidak terbiasa dengan teknologi yang sentiasa bergerak laju, belajarlah. Sekarang nak belajar senang. Tak macam dulu. Boleh jer baca di internet dan bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu. Tak perlu malu..!


Selari dengan perkembangan teknologi ini, kerajaan Malaysia pun tidak mahu ketinggalan. Jika kita lihat, banyak kementerian dah mula menerapkan teknologi terkini di dalam kementerian masing-masing. Sistem pun dah banyak berubah kepada aplikasi secara online


Kementerian pendidikan tidak ketinggalan. Tahun ini KPM dah mula mengubah sistem pendaftaran murid tahun 1 sekolah rendah daripada sistem isi borang secara manual kepada mengisi borang permohan dan menghantar secara online. Ini ternyata menyenangkan banyak pihak terutama para ibubapa yang sibuk berkerja. 


Pendaftaran secara online ini memberi kelonggaran kepada mereka untuk mengisi di masa lapping mereka seperti di malam hari ataupun di hari mingu ketika mereka tidak sibuk berkerja. 


Cuma di awal pelaksanaan tu ada sedikit “hiccup” pada sistem. Sistem lambat, keliru dan sebagainya. Biasalah, benda baru kata sesetangah ibubapa yang sabar. Ramai juga ibubpa yang mengeluh disebabkan masalah ini. Tapi akhir-akhir ini sistem dah mula ok. Dah berfungsi dengan baik dengar ceritanya. 


Baca: Cara daftar darjah satu


Pandangan aku


Pada pandangan aku, sistem tu sepatutnya dah kena mantap bila dilancarkan. Sistem ataupun benda baru bukan alasan. Tambahan lagi, ini kementerian di Bawah kerajaan Malaysia yang mana korang diperuntukkan n=bajet yang mencukupi untuk buat tu semua. Korang juga ada staff yang kompeten untuk buat semua tu.


So kena la mantap. Kan ada testing session sebelum sistem dilancarkan. Sepatutnya masalar-malah yang asas pada sistem tu korang dah tau dan dah boleh Atari sebelum pelancaran lagi. Ini penting..!


So kalau ada ibubapa yang marah dan mengeluh sebab sistem bermasalah, tak boleh la nak salahtan mereka. Bukan semua Jenis yang tahan sabar dan tak marah-marah ni.


Tapi mengikut feedback yang aku terima yang paling terbaru, masalah pendaftaran idme kementerian pemdidikan ni macam dah selesai. Alhamdulillah la kalau dah selesai. Semoga yang terbaik buat kita semua.

Reactions

Post a Comment

0 Comments