hari-hari cerita pasal pak yus jambu. hebat sangatkah dia?

pak yus... tenanglah di sana...


masa berlalu... pak yus jambu yang meninggal dunia beberapa hari yanag lalu terus diingati oleh orang ramai. keluarga dan rakan taulan mula bercerita tentang diri pak yus yang mereka kenali semasa hayat Allahyarham. orang ramai pula dengan penuh minat membaca dan mengikuti perkembangan cerita tentang kebaikan pak yus.

baik sangatkah pak yus semasa hayatnya?

mintak maaf sebab aku tanya soalan yang agak celupar... tambah-tambah lagi pak yus sudah bertemu Khaliknya.

aku bertanya sebab aku sangat kagum dengan pak yus. satu demi satu kebaikan dan amalan mulianya disebut dan diceritakan oleh orang ramai. padahal semasa hidupnya Allahyarham tidak pernah mengwarwarkan apa yang pernah dibuatnya.

Benarlah kata orang. jika yang kita buat itu kebaikan, maka ia akan diketahui juga suatu hari nanti. waktu itu kita akan disanjung dek kerana kebaikan tersebut.

selepas berita kematiaan Allahyarham, aku terbaca pula entri tentang kebaikan Allahyarham sewaktu masih bergelar insan bernyawa.

sungguh terharu aku baca tentang kisah pelawak ini. kebaikannya yang memang jarang ada pada manusia yang biasa-biasa. mungkin sebab itu Allah mengakhirkan nyawanya dengan husnul khatimah. senang betul Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

majlis pengkebumiannya dihadiri ribuan manusia yang datang memberi sokongan kepada jasadnya sebelum disemadikan. terus terang aku katakan, hanya insan yang terpilih sahaja yang mendapat penghormatan di atas dunia sebegini.

di kaca tv pula ada rancangan yang diterbitkan sebagai mengenang pemergian Allahyarham. Astro adalah salah sebuah setesen TV yang ada rancangan tribute ini. siapa yang sudah kenal dan mengikuti perjalanan seni Allahyarham pasti akan menumpahkan airmata.

apa-apa pun, aku berdoa semoga roh Allahyarham akan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dn akan diganjari dengan syurga yang penuh nikmat. Aameen.

pak yus, pergi mu dengan aman dan meninggalkan kenangan di setiap hati rakan. moga roh mu tenang di sana...!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga arwah tenang di sana..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2015/12/ustaz-fawwaz-md-jan-ciri-ciri-orang.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete