ibubapa kena banyak sabar kalau bayi ada penyakit ni

ekzema pada bayi



memang gigih ibubapa kalau bayi atau anak kecilnya ada ekzema. ekzema pada bayi jadi susah sebab bayi masih kecil. dia tak tau macamana nak kawal tangan dia supaya tak menggaru. itu yang jadi masalah sikit.

kalau tak kawal, kulit bayi tadi akan melecet akibat menggaru. kena pulak kalau kuku panjang. memang konfem akan melecet dan berdarah. dah masalah lain pulak jadinya.

kawalan kepada anak kecil supaya dia tak menggaru bukan sahaja masa siang. malam nanti lagi kronik. sebabnya malam kita pun nak tidur. tapi dah kena jaga dia pasti tidur kita terganggu. 

sebab tu aku cakap ibubapa yang ada anak sakit ekzema memang gigih. kalau dia bersabar dan redha atas ketentuan tuhan, banyak dapat pahala sabar. tapi itulah kengkadang tak tahan juga..

ada cara tertentu yang khas untuk rawat penyakit ekzema. sekurang-kurang dapat menten penyakit tu supaya tidak melarat. 

keyword dia, kulit pesakit ekzema mesti kena sentiasa lembab. banyak krim dan losyen kat luar sana yang boleh disapu untuk kekalkan kelembapan kulit.

sekarang ni aku tengok ada orang cegah ekzema dengan air kangen. dengan ph yang sesuai, kulit pesakit ekzema boleh dikekalkan dalam keadaan yang sentiasa kering.

aku akan ceritakan tentang perubatan dengan air kangen untuk pesakit ekzema di lain entri.

sehingga bertemu lagi...
Reactions

Post a Comment

0 Comments