KISAH SUAMI CURANG ...



Seorang isteri ingin menguji suaminya. Apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami tanpa apa² sebab. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.

"Abang, saya dapat merasakan abang curang, & saya ingin keluar dari rumah ini. Selamat tinggal, halalkan makan minum saya. Ampuni segala dosa saya"

Selepas menulis surat & meletaknya dibirai katil, si isteri cepat² menyorok di belakang almari di biliknya. Ingin mengintai reaksi suaminya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suaminya pulang & membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik suratnya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi & terus memakai baju serta wangi²an .

Suaminya mendail & bercakap dengan seseorang.

"Hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadapnya. Bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. Jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang"

Lalu suaminya melangkah keluar dari biliknya & terus keluar dengan keretanya.

Semasa isterinya mendengar percakapannya, isterinya menangis kerana tersangat sedih & apabila suaminya keluar. Dia keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya.

Lalu dia membaca "Aku nampak kaki kau, bongok. Aku keluar sekejap, beli roti"....

😜😜😜😂😂😂😝
Reactions

Post a Comment

0 Comments