tips rendahkan kolestrol dalam darah

Posted by on Wednesday, January 18, 2017

kawan aku, sebelum ni sihat jer... tapi tetiber dia kena demam yang agak lama. badan lemah jer katanya. sendi pun lemah. kepala dia pening semacam jer. kalau berjalan rasa macam berjalan atas bot ditengah lautan katanya. 

aku cadang supaya dia pergi jumpa doktor. dia ikut cadangan aku. ambik darah dan buat test urine kat klinik. 3 hari lepas tu keputusan ujian darah dan air kencing dapat. yang lain ok. cuma kolestrol dalam darah beliau memang tinggi.


daripada situ aku pun mula mencari tips untuk rendahkan kolestrol ni. ni ha aku dapat.

tips dan makanan yang boleh rendahkan kolestrol


1. amalkan pemakanan Oat, oat bran dan makanan tinggi serat 

oat paling popular yang diamalkan oleh orang yang ingin rendahkan kadar kolestrol dalam badan. oat ada kebolehan menyerap kolestrol dan lemak. lama-lama makan oat sambil kurangkan makanan berkolestro tinggi dan ditambah dengan senaman, sekejap jer kolestrol turun.

2. Ikan dan Omega-3 asid lemak 

ini bagus juga untuk jantung sebenarnya. antara ikan-ikan yang patut dimakan oleh orang yang berkolestrol tinggi ialah: 


  1. Kembung
  2. Tasik trout
  3. Herring d. Sardin
  4. Tuna albacore f. Salmon
  5. Halibut 

panggang atau bakar amat disarankan untuk mengelakkan minyak berlebihan. 


3. Walnut, badam dan kacang lain 

haaa.. makanan kekacang ni juga bagus untuk rendahkan kolestrol. 

4. Minyak zaitun 

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang boleh kurangkan kolestrol jahat (LDL). 

5. Makanan dengan sterol tumbuhan stanols atau ditambah 

Makanan kini boleh didapati yang telah diperkayakan dengan sterol atau stanols - bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin, jus oren dan minuman yogurt dengan sterol tumbuhan yang ditambah boleh membantu mengurangkan kolestrol 

haa.. tu dia makanan yang patut korang yang ingin rendahkan tahap kolestrol dalam badan. cuba ikut secara disiplin. 

oh ya.. manis dan masin pun kena kurangkan ya... kuih muih yang manis-manis tu kalau boleh kurangkanlah. kalau terliur sangat kuih keria yang viral tu, buatlah sendiri dengan kurangkan gula. boleh rujuk entri resepi kuih keria gula melaka ni untuk kuih keria yang sedap.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment