benda ni orang perempuan selalu buat. bila tak nak ikat rambut, pengikat rambut tu dipakai di pergelangan tangan macam pakai gelang tu.
kebiasaanya pengikat rambut ni kecil daripada pergelangan tangan. oleh sebab dia adalah getah dan sifatnya anjal maka ia secara mudah boleh dipakai di pergelangan tangan.
biasanya kalau dah pakai memang kita tak sedar dan teringat pun kita pakai getah rambut tu. dan bila kita sedar kita dapati pergelangan tangan kita ada kesan jerutan. kan?
ni kisah benar yang terjadi di Louisville, Kentucky. audree kopp seorang ibu muda suatu hari keluar rumah dengan memakai getah rambut di pergelangan tangannya. getah rambut tu jenis yang ada manik kecil berkerlipan tu.
mungkin sebab terbiasa dia ni tak sedar dia pakai getah rambut tu lama. mungkin sebab berpeluh dan manik kecil tu bergesel dengan kulit tangannya.
keesokan harinya dia dapati pergelangan tangannya bengkak. dia pelik sebab tak dapat cari sebab kenapa pergelangan tangannya bengkak secara tiba-tiba.
takut apa-apa yang lebih teruk berlaku beliau pergi berjumpa doktor. doktor tengok dan cakap benda ni tak serius. doktor sapu antibiotik je.
keesokan harinya apabila beliau bangun daripada tidur, beliau agak terkejut degan apa yang telah berlaku pada pergelangan tangannya. bengkak tu dah semakin serius. dah jadi benda lain dah.
pelik dan takur dengan situasi yang berlaku beliau mendapatkan pandangan kedua daripada doktor lain. alangkah terkejutnya doktor tersebut apabila luka seperti digigit labah-labah itu agak serius. nasik baik tak sampai ke tulang dan tendon.
dr amir gupta, doktor yang merawat beliau menjelaskan kulit memang mudah luka dengan cara pemakaian getah rambut sedemikian. kulit berpeluh, manik kecik dan getah yang ketat. kombinasi lengkap untuk membuatkan kulit pergelangan tangan beliau luka.
itulah ceritanya. nampak macam tak ada apa-apa pakai getah rambut macam tu. rupanya serius akibatnya. nasib baik dapatkan rawatan cepat. kalau tak mau arwah ibu muda tu...
orang perempuan sila share benda ni. mana la tau kot-kot berlaku pada rakan taulan dan keluarga anda. bahaya getah rambut jika dipakai macam ni!!!
0 Comments