jenazah Allahyarham sm salim selamat disemdikan selepas solat jumaat

semalam kita berlegar berita tentang kematian artis veteran terkenal Tan Sri sm salim. Allahyarham yang berumur 88 meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana , Hulu Klang, kira-kira jam 5.40 petang semalam (khamis).lama dah arwah sakit. akhirnya kembali kepada Pencipta.
arwah semasa hidupnya berjuang dalam industri hiburan sehingga ke umur tua. beberapa tahun lalu beliau pernah merakam album bersama penyanyi lain. meletup jugak album tu. tadi selepas disolatkan di masjid kampung baru Allahyarham dibawa ke tanah perkuburaan Islam jalan ampang untuk disemadikan. Solat jenazah tadi diimamkan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid. Jenazah dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang.
suasana sedih menyelubungi ahli keluarga. kelihatan juga rakan-rakan artis hadir untuk memberi penghormatan yang terakhir. antara yang hadir ialah M.Nasir, Datuk Soni Abdullah, Rahim Jailani, Jeffry Din, M.Daud Kilau dan Uji Rashid. Allahyarham meninggalkan isteri, Nur Aishah Abdul Ghani, tujuh anak, 14 cucu dan 10 cicit. semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aameen.
Reactions

Post a Comment

0 Comments