salam
korang dah biasa makan lobster? siapa yang belum pernah makan mesti rasa macam susah jer nak makan lobster ni kan? mesti tertanya-tanya macamana cara makan lobster? mesti terfikir cengkerang lobster ni macam ketam jugak ke? hahahah..
sebenarnya cengkerang lobster ni lebih lembut daripada cengkerang ketam. ia tak mudah pecah macam cenkerang ketam. malah ia sedikit kenyal berbanding dengan ketan.
cara nak makan lobster sebenar lebih mudah daripada nak makan ketam. pada pandangan aku la.. sebabnya lobster ini isi yang paling banyak adalah di kawasan sepitnya yang besar tu. maknanya jika dapat pecahkan sepit tu, banyaklah isinya yang kita boleh makan.
cara makan lobster tak susah. janji lobster ada kat depan, insyaAllah habislah lobster tersebut |
bahagian sepit ini agak keras. guna gigi jer tak memadai untuk pecahkan cengkerang bahagian sepit ni. silap-silap boleh patah gigi nanti. jadi cara paling mudah dah selamat adalah dengan menggunakan pemecah cengkerang. boleh gunakan pemecah yang penyepit tu. ataupun gunakan tukul kecil. biasanya restoran yang menyediakan menu lobster (seperti restoran steaks & lobsters desa sri hartamas) ini ada menyediakan pemecah cengkerang ini. mintak jer daripada diorg. jangan malu-malu.
selepas berjaya mengerjakan sepit dan makan isi-isinya yang sedap dan banyak, beralihla pula kepada bahagian badan. bahagian ini pada aku agak susah sikit nak makan. sebabnya isinya lebih sedikit. kemudian isinya berada di celah-celah kompatmen badan lobster. so, perlu kerja yang lebih sikit untuk mengosongkan isi di bahagian ini.
itu jer la cara makan lobster. senang jer. cuma nak makan tu yang kena fikir 2 kali. sebabnya harga lobster ini bukan murah. kalau yang besar tu mau cecah seratus lebih. tapi memang puashati lah kalau dapat makan lobster yang besar. lobster yang kecik ataupun lebih dikenali sebagai baby lobster kurang teruja untuk dimakan. isinya juga sikit.
sebab tu biasanya baby lobster ini orang letak dalam masakan lain jer. contoh letakkan dalam pasta dan sebagainya. contohnya menu pasta ni:
Lobster Pesto Pasta |
restoran lobster pulak payah jugak nak cari yang betul-betul menyediakan menu-menu lobster yang bermacam-macam ni. setakat ni yang aku jumpa adalah restoran steaks & lobsters yang terletak di desa sri hartamas. memang terbaik lah makan kat situ.
ok. sesiapa yang belum pernah cuba makan lobster, cubalah sekali. at least korang ada gak la pengalaman makan lobster ni...
0 Comments