rupa-rupanya koko ni dipandang begitu tinggi pada zaman dahulu. zaman kaum mayan dulu dan zaman sebelumnya. siapa tau pasal kaum mayan ni? alaaa kaum yaang terer merekacipta calendar dan pepandai ramal kononnya kiamat berlaku bebaru ni tu. tapi power gak la tuhan bagi otak kat kaum ni. ya la sampai mampu reka kalender, kira power la tu dengan kempuan orang zaman dahulu.
lama dah pokok koko ni wujud kat dunia ni sebenarnya. agaknya dunia wujud jer pokok koko ni wujud. agakan aku jer tu. hehehe.
oh lupa nak bagitau. tetiber aku up pasal koko ni sebabnya bebaru ni aku pergi ke chocolate museum kota damansara yang terletak dekat dengan uptown kota damnsara. memacam info pasal koko dan coklat aku kutip kat muzium tu. sangat berilmiah aku rasa.
koko ni pada zaman dulu ia dianggap sebagai buah-buahan yang rapat dengan tuhan. dalam upacara penyembahan buah ini banyak digunakan. buah-buahan ini digunakan oleh keluarga di raja pada zaman dahulu. malah buah koko pernah dijadikan matawang oleh kaum dahulu. sehinggakan beberapa puluh buah koko sahaja dapat ditukarkan dengan seorang hamba abdi. tinggi giller nilai buah koko pada zaman tu.
best jugak la pergi ke muzium tu. selama ni tau makan coklat jer. tak cakna pun pasal koko. aku ok lagi la sebab atuk aku dulu tanam pokok koko. tapi malang jugak bebudak zaman sekarang. buah koko pun tak kenal. parah! yang jenis ni elok pergi la ke muzium ni...
banyak yang aku belajar kat sana. sejarah koko, macamana coklat diproses siap dengan suhu tersendiri yang dijaga. macamana daripada coklat cair dijadikan coklat ketul-ketul pun ditunjukkan. yang bestnya lagi coklat tu boleh terus dimakan. hahaha. sedap lak tu rasanya!
last sekali sebelum balik boleh la shopping coklat yang berlambak kat kedai situ. ada lebih 30 jenis coklat. ada yang diimport ada yang dari dalam negara malaysia. pilih jer mengikut harga yang tertera, kemudian bayar. harga jangan bimbang. pasti murah daripada kedai biasa.
bab harga ni korang kalau nak compare kena compare epal dengan epal ek. jangan tak adil lak dalam perbandingn harga. kalau dah coklat imported jangan la korang compare dengan coklat tempatan. memang confirm la coklat tempatan lebih murah.
so pergilah ke sini pada sesiapa yang nak tau lebih lanjut tentang koko dan coklat. terus terang aku cakap, aku lebih mengahrgai coklat selepas aku pergi ke sini.
0 Comments