Buku Akaun Amanah Saham Bumiputera |
untung ke tak untung sebenarnya kalau kita melabur dalam ASB gunakan duit yang kita buat pinjaman daripada bank? maksud gua memang gua saja-saja je pergi bank dan ambil loan ASB yang bank rancak promosikan tu?
sekali tengok macam untung. dan ada jugak kelebihan-kelebihan yang lain gua nampak. antaranya kalau gua ambil loan ASB ni dan gua meninggal, sijil tu terus jadi milik pewaris gua. walaupun gua baru masuk melabur kejap je. best gak tu. boleh buat harta pusaka untuk keluarga tu.. maklumla gua bukannya banyak sangat duit untuk ditinggalkan kat diorang tu.
tapi bila tengok promosi bank gila-gila suruh gua masuk dan buat pinjaman ASB loan tu buat gua terfikir sejenak. kat mana ya bank ambik duit kalau gua ambil loan dan labur dalam ASB tu? terfikir jugak, mesti bank untung banyak ni. kalau tak, takkan diorg ni sanggup bukak kaunter bagai untuk promosi loan ASB ni.
ASB |
belum apa-apa gua terus dapat jawapan untuk soalan pertama gua tu. siapa yang bagi jawapan? gua jugak! hahahaha. dah kalau namanya pinjaman ataupun orang kampung gua panggil loan tu, memang la bank dapat untung. kan ada interest.
loan tu pulak diambil puluhan tahun seperti 20 atau 30 tahun. mesti berlipat kali ganda untung bank daripada interest tu. patut la diorng ada promosi bagai. siap ada hadiah misteri lagi. hehehe.
beberapa minggu lepas gua terjumpa artikel pasal asb loan kat blog ni. baik punya dia cerita pasal loan asb ni. walaupun dia ada mentioned kat situ yang itu bukan dia yang tulis, tapi artikel tu cukup bagus. gua pun dah kira semula memang tepat pengiraan tu.
memang betul la sangkaan gua. memang bank akan untung banyak punya...! tapi jangan salah sangka. peminjam untuk loan ASB juga tidak rugi. keuntungan ASB juga mereka dapat. cuma ada cara lain untuk melabur di ASB tanpa buat loan bank yang pasti akan menyakitkan aliran tunai kita.
mengikut artikel tersebut, pelabur akan lebih untung jika melabur tanpa menggunakan loan. apa yang mereka bayar untuk loan tu mereka labur sahaja secara terus ke dalam ASB. natijahnya keuntungan akan jadi lebih dripada buat loan.
bacalah artikel tersebut kalau lu oarang nak tau lanjut.
0 Comments