Cara Bijak Susun Buku Ikut Jadual Waktu Sekolah Anak

cara bijak susun buku ikut jadual waktu anak

pagi-pagi adalah waktu yang paling havoc sekali. memang kalut. mana nak uruskan anak. mana nak uruskan diri sendiri. mana nak seterika baju. mana nak susun buku ikut jadual waktu sekolah anak dan sebagainya.

kenapa kalut? sebab semuanya nak buat pagi tu. kenapa tak buat sebelah malam je? kalau buat persediaan awal tak ada lah kalut sangat kan?

tadi ada sebut pasal jadual waktu sekolah anak kan? perkara ni memang la ambil masa kalau tak ada perancangan. walaupun saban minggu jadual tu duk ulang-ulang subjek yang sama je, tapi memang kita tak ingat punya. akhirnya tiap-tiap hari kita duk mengadap jadual waktu sekolah yang sama tu jugak untuk pastikan tak tertinggal buku.

sebenarnya ada cara yang bijak untuk susun buku ikut jadual waktu sekolah anak-anak ni. sekurang-kurangnya kalau tak susun jadual tu malam pun pagi tu sempat lagi buat sebab cara ni memang akan jimatkan masa dan amat senang.

caranya:

  • lu orang labelkan setiap buku yang anak lu orang ada tu dengan sticker warna yang berlainan. labelkan buku tulis atau latihan sekali
  • labelkan ikut hari. setiap hari dengan warna yang berlainan. contohnya isnin = merah, selasa = biru, rabu = kuning, khamis = oren, jumaat = kelabu
  • mungkin akan ada satu atau dua buku subjek teras tu ada 2 sticker warna yang berlainan kerana subjek tu mungkin ada belajar beberapa hari dalam seminggu
  • so tengok lah jadual waktu. tampallah sticker merah untuk semua subjek yang belajar pada hari isnin.
  • buat yang sama untuk hari-hari yang lain
cara susun buku sekolah ikut jadual waktu sekolah anak dengan gunakan sistem label


itu aje. lepas ni setiap hari hanya ingat warna apa saja. lepas tu capai jer segala buku yang ada sticker warna sama. cuma kita kena pastikan susun buka sistematik la sikit. contohnya buku teks di satu tempat. buku latihan di satu tempat yang lain dan buku tulis di sebelahnya. sempoikan cara ini?

selamat mencuba. mesti lu orang tak pening kepala lagi dengan amalkan cara ini.
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Sebelum tidur malam tu, kemas buku, beg, alatan sekolah dan gosok baju awal-awal. Pagi-pagi tak lah kelang kabut.

    ReplyDelete