Siapa Kata Masak Sendiri Di Rumah Tak Menguntungkan

Masak sendiri tak untung

Ada yang cakap masak sendiri kat rumah tak menguntungkan kalau isi rumah tidak ramai. Contohnya sepasang suami isteri dan seorang anak. Bahas diorang ni adalah lebih baik makan kat kedai je. Nak masak pun alang kepalang je. Beli bahan mentah pun bukannya murah jugak. Lebih baik makan kat restoran je.

barang dapur


tambah diorang ni lagi, masa jugak nak kena ambil kira. balik kerja dah la lambat. sampai rumah badan dah penat. nak kena masak lagi. tak larat la. lebih bagus makan kat restoran je.

komen gua

lu orang yang cakap macam tu dah kira kos betul-betul ke tak? bahan mentah tu bukannya lu beli setiap hari. seekor ayam, kalau ada 3 orang je isi rumah takkan takkan lu masak sampai seekor ayam.
paling tidak seekor ayam  berharga RM10 -RM13 yang lu orang beli tu tahan 2-3 hari. sebabnya lu makan malam je kot kat rumah. siang makan kat tempat kerja. so yang lebihnya lu orang simpan dalam peti ais.

bawang, cili boh, garam, gula dan beberapa bahan asas untuk masakan lagi lu beli jarang-jarang jer. sebulan belum tentu habis kalau setakat lu orang masak untuk makan malam je.

menu masakan

lu orang tak perlu la masak grand giller kot. nak makan malam jer kot. masak la yang simple-simple. carilah resipi masakan yang simple, cepat dan mudah untuk disediakan. Ya lah lu orang kan penat setelah seharian berkerja.

masak la resipi macam ayam masak kicap ataupun ayam masak merah yang simple. tak perlu banyak-banyak bahan. nak siapkan pun sekejap jer. setengah jam dah boleh siap.

ayam masak merah


satu lagi memasak sendiri ni banyak keberkatannya. air tangan ibubapa tu berkat. air tangan isteri tu la yang dapat tambat hati suami. sambil-sambil masak tu hembuskanlah doa-doa ketika di dapur mintak dengan Allah supaya keluarga kita aman sejahtera.

jarang-jarang sekali suami cuba la memasak jugak. ambik hati isteri supaya dia lebih sayang kat lu. best apa masak ni kalau lu biasa buat. silap-silap haribulan lu akan lebih terer dari bini nanti. orang lelaki ni kalau bab-bab masak ni epat pick up dia sebenarnya. tengok la chef-chef terkenal tu. jarang sangat orang perempuan.

malas

penyakit "mim alif lam sin" ni payah la gua mau komen. kalau malas tak payah la lu orang cakap nak berjimat la. kos sara hidup makin tinggi la. duit tak cukup la. masak kat rumah lagi mahal daripada makan kat luar la.
lu duduk diam-diam sudah lah. dah malas kan...! lagi mau bising
Reactions

Post a Comment

0 Comments