Analogy daripada peristiwa banjir

suasana banjir kelantan
keadaan negeri kelantan yang dilanda banjir


Pagi tadi gua dapat mesej melalui whatsapp group gua tentang analogy yang boleh dikaitkan dengan peristiwa banjir di Malaysia pada akhir tahun 2014.

Mungkin juga tuhan nak suruh kita berfikir tentang perkara ini disamping ribuan hikmah yang lain di belakang musibah banjir tersebut.

gerakan banjir kemaman
gerakan menyelamat mangsa banjir di kemaman


Dikatakan analogy tersebut hasil daripada intipati khutbah Jumaat yang dibacakan di Masjid Bt Jong Kelantan.

3 analogy yang perlu kita fikirkan:

  1. Banjir memang kerap kali berlaku di Kelantan. Saban tahun akan ada peristiwa banjir ni. Jadi barangsiap yang membuat persediaan awal seperti meninggikan rumah, menyediakan sampan sebagai pengangkutan di kala banjir, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakan bekalan makanan yang mengcukupi dan lain-lain persiapan khusus untuk menghadapi bencana alam ini, maka dia akan selamat daripada keperitan bencana alam banjir...

    Jadi demikianlah kematian dan hari pembalasan akhirat yang pasti akan tiba. Barang siapa yg bersiap sedia untuknya, maka dia akan selamat daripada azab di akhirat kelak.
  2. Bila bencana alam banjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukan..

    Demikianlah kegelapan di dalam alam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yang diharapkan untuk menerangi kubur.
  3. Banjir telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Hanya orang yang berstatus VIP Dunia sahaja yang mendapat bantuan kenderaan serta iringan siren untuk melepasi kesesakan...

    Demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat kelak. Hanya yg bertaraf VIP Akhirat yang akan dapat memecut sepantas kilat melintasi titian sirat.
gambar hiasan gambaran siratal mustaqim


Moga kita mendapat pengiktibaran daripada ujian Allah yang berupa bencana alam banjir ini.
Reactions

Post a Comment

0 Comments