Rotan Anak Boleh Menjadi Satu Kesalahan Jenayah

kalau usul ni diluluskan ramai la mak bapak masuk jel sebab pukul anak walaupun niat nak mengajar anak


Tiba-tiba kecoh dengan berita ni. Sedikit masa nanti mungkin ibubapa dah tak boleh rotan anak-anak. Jika berdegil ibubapa boleh dicaj melakukan jenayah berat.

Fuuh memang berat la undang-undang ni kalau diluluskan. Ibubapa rotan anak sebab nak mengajar kot. Gua jadi orang macam sekarang ni sebab dulu mak bapak gua ajar dengan rotan la.

gua pun tak tau orang yang berkira-kira nak bawak usul ni ke parlimen ni apa agenda dia. nak nama ke apa. sekali tengok macam bodoh pun ada. sekali tengok pulak macam nak lawan hadith pun ada.

bab pukul anak untuk mengajar ni memang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. ada beberapa hadith yang menyatakan secara jelas suruhan mengajar anak dengan rotan. 

Sila baca hadith-hadith dan pandangan ulamak di bawah:


SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)

عن ابن عباس رضي الله عنه،قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.
- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.- ورواه البخاري في الأدب المفرد.- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر. 
Dari Ibnu Abbas r.a,Rasulullah s.a.w bersabda :
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.

Dalil Pukul Anak.

Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)
Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu

Had angkat tangan ketika merotan

Jgn melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jgn jatuh buku tu masa angkat tangan..

Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jgn sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

gua harap cadangan biol ni tak diluluskan la. nampak sangat rak der rasionalnya.

takut anak didera. berapa kerat sangatla kes dera daripada mak bapak yang pyscho ni berbanding dengan mak bapak yang pukul anak sebab nak mendidik anak supaya jadi orang yang berguna
Reactions

Post a Comment

0 Comments