kisah katak dengan ikan |
ni dia mesejnya: "
Ada seekor katak yg nampak manusia sedang memancing. Ikan yang telah dapat ditangkap terus di belah perutnya dan dibakar di atas api.
katak jadi kesian melihat temannya ikan yang diperlakukan sebegitu rupa. walau pun rupa katak itu buruk dan tak cantik tetapi hatinya sangat baik.
sedang manusia itu terus lagi memancing, untuk mendapat lebih banyak ikan. Katak rasa dia perlu buat sesuatu. jadi katak itu pun masuk kedalam air untuk berjumpa ikan.
katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan nelayan itu. katak itu beritahu pada ikan :
"jangan makan cacing ni , sebenarnya ini perangkap. kalau kau makan juga, kau akan di tangkap. perut kau akan dibelah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akan makan kau."
katak yang tahu keadaan di atas darat itu memberi amaran.
tapi ikan yang sedang memakan umpan tersebut tidak ambil peduli akan teguran si katak, dengan sombong dia menjeling ke arah katak dan menganggap kehodohan rupa katak itu sama seperti perangainya.
si ikan bersangka buruk terhadap katak. Dia merasakan bahawa katak dengki padanya yang tengah memperolehi rezeki. ikan itu tak percaya.
bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu disentap dan ditarik naik keatas. Ikan itu terkejut. dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. dan sekarang baru dia yakin yang dia akan dibakar. kulitnya akn disiat-siat, perutnya akn dibelah. ikan itu sangat menyesal. tapi sudah tak ada peluang untuknya kembali dalam air!keadaan ini amat mirip dengan keadaan kita di dunia. bila ada orang beritahu kepada kita keadaan padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, dan sebagainya, kita buat tak endah saja.
bila sampai saat kematian, hijab akhirat akan dibuka. kita akan nampak manusia yang dibakar atas api. mereka ini diseksa kerana telah melakukan maksiat semasa hidup mereka di dunia. ia sama seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat.
wahai pembaca dan sahabat gua sekalian, kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita, kepada pekara yg sia-sia, terutamanya pegang akidah islam serta tingkatkan ketaqwaan dari masa ke semasa.
semoga Allah beri kita kefahaman serta keyakinan yg benar teguh.
ps: gua bukanlah orang yang baik sangat. tapi gua terkesan bila baca cerita ni. jom kita cakna pasal pembalasan di akhirat...
0 Comments