buku tentang bisnes burger

pilih kerja

ramai gua dengar anak-anak muda yang baru lepas kolej atau U yang mengeluh sebab tak ada kerja. gua nak tanya susah ke nak cari keje? gua nak jawab pulak. tak susah nak cari kerja. yang susah nak cari tu adalah kerja yang kita idamkan. kerja duduk dalam aircond, pakai blazer bagai, meeting lama-lama dalam bilik mesyuarat, ada staff bawahan dan lain-lain.

penganggur kehormat


pendek kata kerja yang kebanyakan anak muda lepas kolej atau universiti ni adalah hasil visualize daripada apa yang dilihat dari kaca television dan sebagainya. kerja yang digambarkan penuh profesional tapi dalam dunia nyata tak macam tu pun.


setuju tak kalau gua kata orang yang tinggal di bandar-bandar besar terutama di KL dn Selangor kalau masih menganggur diorang ni dari golongan memilih kerja ataupun pemalas. ada dua kategori tu je bagi penganggur di kl dan selangor ni.

sebab apa gua kata macam tu? sebabnya gua tengok kat kl dan selangor ni berlambak kot kerja yang boleh diceburi untuk sara hidup. bukan untuk sekadar sara hidup je. kerja ni boleh buat lu orang kaya kot. banyak kat luar sana tu. samada lu orang tak nampak ataupun lu orang saja-saja buat tak nampak sebab bukan kerja yang lu orang nak.

bisnes burger jalanan

gerai burger adieq

salah satunya adalah bisnes burger. lu orang mungkin tengok bisnes burger ni kerja ataupun bisnes murahan. antara perkara yang mungkin lu orang terfikir pasal bisnes ni ialah:

  1. bisnes ni kena keluar tenaga
  2. perlukan modal permulaan
  3. untung tak banyak
  4. tak glamer
  5. malu
  6. malas
  7. tak sesuai dengan kelayakan akademi
kan? itu yang lu orang fikir kan? meh gua betulkan tanggapan lu orang!

bisnes ni kena keluar tenaga


lu pergi kerja makan gaji pun lu kena keluar tenaga der. lu naik kereta, terperangkap dalam jem berjam-jam. bukan tenaga je lu habiskan, malah jiwa pun kacau. berapa ramai orang stress sebab jem ni. kat tempat kerja stress dengan kerja dan dateline, nak balik rumah stress dengan jem lagi. so biasa-biasalah amalkan doa untuk elak stress ya.

lagi satu, kalau kerja kat pejabat, kadang-kadang tu memang tak keluar peluh sebab duduk dalam suasana aircond tapi otak letih berfikir tentang kerja. kadang-kadang letih otak ni turut menjadikan badan kita letih.

bisnes burger ni ada keluar peluh sikit tapi otak tak stress fikir pasal kerja yang melambak dan due date tu. badan pun sihat sebab berpeluh.

bila dah ada untung nanti lu upah la pekerja untuk buat burger kat gerai lu. untung lagi banyak lu bukak la cawangan gerai burger lu 4-5 biji.. fuuuh masyuuk baq hang!!!

perlukan modal permulaan


sebab ini ialah bisnes, maka memang kena ada modal. mana nak cari modal, lu orang kena la fikir sendiri. kalau boleh tak perlulah nak pinjam ngan bank bagai. kalau ada adik beradik dan keluarga terdekat pinjam la dulu duit sikit buat modal. lepas tu bayar sikit-sikit. insyaAllah kalau lu orang bersungguh, modal tu boleh dicari.

kalau nak yakinkan diorang untuk bagi lu pinjam duit, lu buat la proposal paper. masukkan kat dalam tu business plan dan expected return bagai. mesti diorang akan percaya bila tengok pada kesungguhan lu berserta dengan perancangan perniagaan yang bagus. 

buat la proposal paper. alaaaa, tadi kata lepasan kolej dan universiti. kalau tak tau jugak sila contact gua. gua boleh buat tapi gua caj la. heheheh

untung tak banyak. 


weeehhhh, lu dengar kat mana jual burger untung tak banyak. lu ingat sebijik burger berapa profit margin diorang ambil? kalau tak 100% maknanya penjual burger tu tak pergi kursus la tu.

banyak weyh untung. tu kalau ada satu gerai burger. kalau lu bukak 5 gerai upah orang jaga, berapa dah lu punya untung!

tak glamer

betul. kurang glamer sikit. tapi apa ada pada glamer kalau poket kosong? baik kurang glamer tapi poket penuh. 

lagi satu walaupun bisnes ni tak glamer, tapi lu selalu didampingi oleh awek-awek cun yang merupakan pelanggan tetap lu nanti. alaaa, lu bagi la diskaun sikit kat awek-awek ni supaya rajin jenguk gerai lu.. kaaaan!

malu


kalu lu tak nak malu, lu duduk rumah saja la. tengok tv. tak yah jumpa orang. baru la la tak malu. lpas tu lu impikanlah hidup yang senang, banyak duit. dan jangan lupa, up kan status kat facebook dan media sosial yang lain cakap payah cari kerja sekarang!

malas


yang ni nak suruh gua ulas jugak ke? nanti gua pulak yang kena stress!

tak sesuai dengan kelayakan akademik


apa kerja je yang sesuai dengan kelayakan akademik lu orang yang flying colours tu (below 3 pointer jer pun sebenarnya).

lu orang tengok orang cina. dia belajar pepandai, keje kejap untuk dapatkan pengalaman. lepas tu buka bisnes sendiri. padahal pointer dia lagi hebat dari lu.

dah jangan cakap banyak dan cari alasan. kerja ada jer. lu je yang tak nak.

oh ya. kalau lu orang nak tau pasal bisnes burger dengan lebih lanjut lagi, lu orang baca buku bisnes burger ni. aku dah baca. serius, memang buku ni akan buka minda lu tentang bisnes terutamanya tentang bisnes burger. 

ebook tentang bisnes burger - panduan jana 5 angka sebulan dengan bisnes burger


pengolahan tentang bisnes burger ni memang cukup detail. dah pergi baca buku ni. klik banner di bawah untuk dapatkan buku bisnes burger!!!

Reactions

Post a Comment

0 Comments