Cara Bersihkan Skrin Laptop Atau Komputer Anda

Laptop semasa masih baru memanglah berkilat. Kita pun takut nak buat lebih kurang. Memang kita jaga sebab barang baru. Memang tak terlintas pun nak tau cara untuk bersihkan keypad ke skrin ke... Almaklumla barang baru.

Tapi bila dah lama ia akan nampak seperti barangan buruk. Tambah pulak memory nya dah penuh. Perlahan je processornya. Kadang-kadang hang.

Masa ni memang la kita rasa macam nak marah je kat laptop kita. Bila dah selalu hang tu rasa macam nak campak kat dinding pun ada. Perasaan sayang kepada laptop kita tu sedikit sebanyak semakin luput dari diri kita.

Kalau korang seorang blogger ataupun penulis, benda sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada karya korang. Semangat untuk menulis pun mungkin sedikit terganggu.

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Aku ada rasa macam yang aku sebutkan tu minggu lepas. Tapi bila fikir, nak tukar laptop bukan jalan penyelesaian. Sebabnya ia makan duit ribuan ringgit jugak. Sedangkan aku memang tengah bajet sekarang ni.

Dua hari yang lalu, aku ada berkemas di ruangan pejabat kat rumah tu lalu terjumpa alat-alat untuk bersihkan alatan eletronik seperti laptop, komputer dan sebagainya.


alat untuk mencuci laptop

Alat untuk mencuci laptop ini boleh korang beli kat kedai-kedai komputer berhampiran kawasan korang.

Baru aku sedar yang laptop aku ni kotor sangat dah. Memang lama dah tak cuci. Lalu aku ambik alat tu dah mulakan aktiviti mencuci laptop aku.

Cara bersihkan skrin dan keypad laptop


  • Memula ambil berus dan sapu di celah-celah keypad laptop. 
  • Lepas tu ambil cecair pencuci dan semburkan ke bahagian skrin dan keypad laptop.
  • Lepas tu lap dengan kain yang juga disertakan bersama di dalam pek pencuci alatan eletronik tu.


Lepas cuci... Mak ai! berkilat laptop aku. Nampak macam baru pulak. Terus perasaan sayang datang balik. Terus rasa tak nak beli yang baru.

lepas dicuci laptop nampak macam baru


Mood untuk tulis artikel pun datang bertalu-talu. Rasa nak tulis 10 artikel je sehari. Hahahaha.

Sebab mood masih ada sampai hari ni, pagi ni aku nak terbitkan 2 entri untuk blog ni. Di samping 1 entri di blog-blog yang lain. Hehehehe.

Jadi kalau laptop korang dah nampak macam lama hingga memberi kesan macam yang aku cerita kat atas, dapatkan lah set cucian laptop dan segera bersihkan laptop anda.

Cara untuk bersihkan skrin laptop termasuk keypad sekali berserta alat yang aku gunakan dah aku terangkan kat atas. Jadi apa lagi pergi bersihkan laptop korang sekarang!

Reactions

Post a Comment

0 Comments