Bajet Terbaik 2014

Bajet 2014 dianggap bajet yang terbaik oleh sesetengah pihak


Salam.. Pertamanya aku nak bagitau bahawa entri aku yang memfokuskan kata kunci bajet terbaik 2014 kali ini lebih kepada percubaan untuk aku. Entri yang sebenar aku ialah entri Merangka Bajet Peribadi Terbaik Untuk Tahun 2014 di blog sohoque.com. Ini adalah entri eksperimen untuk melihat dan membuktikan teori aku tentang sesuatu. Jika hasilnya seperti yang aku jangka, nanti aku akan kongsikan kepada semua.

Oh ya. Ini sebenarnya adalah cabaran yang kami buat di kalangan bekas pelajar Akademi Denaihati. Dengan cabaran mini yang kami buat ini, kami cuba untuk mempraktikkan segala ilmu SEO yang kami belajar sewaktu menyertai kelas master anjuran Akademi Denaihati dulu.

Ok, sedikit ringkasan ringkasan daripada bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini yang mana ianya dianggap sebagai bajet yang terbaik untuk tahun 2014:


  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang diberi kepada keluarga yang pendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
  2. Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) yang diperuntukkan untuk semua pelajar pra-university dan pelajar pusat pengajian tinggi di mana RM325 juta diperuntukkan dan ia dijangka akan memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar seluruh Malaysia.
  3. Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 akan diteruskan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah.
  4. Pelepasan cukai istimewa sebanyak RM2,000 untuk pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM8,000 yang diterima pada tahun 2013.
  5. Skim perumahan mampu milik (MyHome) diperkenalkan dengan subsidi sebanyak RM30,000 kepada pemaju persendirian untuk setiap unit.
  6. 223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan syarikat swasta di tahun 2014. RM1 Bilion diperuntukkan kepada PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 pperatus lebih rendah daripada harga pasaran.
  7. Skim Peniaga Pasar Malam akan diperkenalkan dengan peruntukkan RM100 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional
  8. Insentif sekali sahaja sebanyak RM500 diberi kepada penyumbang PRS (private retirement scheme) yang mencapai jumlah terkumpul minima sebanyak RM1,000 didalam setahun.
  9. Pelaksanaan 6% GST (Government Serice Tax) bermula 1 April 2015
  10. 50 klinik 1Malaysia yang baru, 6,000 jururawat baru akan dilatih dan RM3.3 bilion dperuntukkan untuk menyediakan bekalan perubatan terbaik kepada pusat rawatan kesihatan awam
Lain-lain ringkasan boleh dibaca di blog hokangtao ini.

Ada yang menarik nafas lega dengan bajet ini apabila GST belum dikuatkuasakan. Namun ada yang tidak puas hati apabila beberapa keperluan asas selama ini ditarik balik subsidi. Barangan asas yang dimaksudkan adalah minyak petrol dan gula.

Bajet 2014 mengumumkan GST hanya akan berkuatkuasa 1hb April 2015


Kebimbangan jelas terbayang di mata rakyat apabila dua keperluan asas ini dinaikkan harga. Sudah pasti lambat laun harga barangan lain akan secara otomatik melonjak naik. Kadar inflasi akan melonjak sama.
Apabila ia melibatkan kadar inflasi, kerajaan harus segera menanganinya. Antara tindakan kerajaan untuk mengawal inflasi adalah dengan menukar dasar monetarinya untuk mengurangkan peredaran wang di dalam negara. Ia boleh dilakukan dengan menaikkan kadar faedah bank.

Kadar inflasi yang dijangka naik akibat daripada bajet 2014


Di pihak syarikat pengeluar barangan dan perkhidmatan, langkah ini ia akan menyebabkan syarikat yang menyediakan barangan atau perkhidmatan akan sedikit sukar untuk memperolehi sumber kewangan. Ia disebabkan kos untuk membuat pinjaman menjadi tinggi dengan kenaikan kadar faedah. Ini secara otomatik akan menyebabkan kos pengeluaran menjadi tinggi dan akan mengecilkan keuntungan.

dengan bajet 2014 sebegitu, tidak mustahil polisi monetari akan diubah untuk menangani inflasi


Dari sudut pengguna ataupun rakyat biasa pula, langkah ini akan menyebabkan mereka akan lebih cenderung untuk menyimpan duit mereka di bank apabila kadar faedah dinaikkan. Ini adalah kerana mereka memikirkan keuntungan yang akan mereka dapat dengan menyimpan di bank dengan kadar faedah yang tinggi daripada biasa.

Kurangnya pengeluaran sesebuah syarikat dan kurangnya pembeli adalah dua faktor yang akan menekan kadar inflasi kembali rendah seperti sebelumnya.

Apa-apa pun diharap bajet yang dianggap terbaik oleh sesetengah pihak ini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat jelata. Moga pihak kerajaan terus memantau dan cepat bertindak untuk mengekang kenaikan harga barangan kesan daripada kenaikan harga minyak mentah dan gula.

Moga bajet 2014 adalah bajet yang terbaik yang memberi kebaikan kepada semua. Wallahua'lam
Reactions

Post a Comment

0 Comments