Hananut Biskut Kuaci Yang Sedap

Ini pertama kali aku dengar perkataan Hananut ni. Ingatkan apa. Jenama biskut rupanya.



Rasanya? Pergghhh.. sedap beb! Percayalah siapa yang makan biskut ni memang tak sedar ia dihabiskan dalam masa yang singkat.

Dikeluarkan dengan 3 perisa: Kuaci, Bertih beras dan campuran buah-buahan. Aku dah rasa perasa kuaci. Dua lagi perasa tu aku belum pernah rasa.

Kat mana aku rasa dan dapat biskut tu? Aku dijemput ke majlis pra-pelancaran hananut pleasant crunchewy di Rawang pada 6hb oktober baru-baru ini. Majlis tersebut turut menjemput artis-artis seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Roslan Shah.

Hananut sudah menjadi nama jenama syarikat Aisyhana Cookies & Food Industries. Ini adalah kerana Hananut telah didaftar dan dipatent oleh syarikat ini. Langkah ini amat bijak kerana selepas ini nama hananut mesti akan sinonim dengan biskut tersebut.


Reactions

Post a Comment

0 Comments