Kontes Video Funderful Yeo's

Kontes video funderful Yeo's memang menawarkan hadiah yang lumayan
Jika anda seorang yang seringkali online, tak kiralah anda seorang blogger ke, anda seorang media social influencer ke, anda akan selalu mendapat peluang untuk mendapat duit secara online. Selain daripada pengiklanan dan entri berbayar, anda boeh berpeluang untuk membuat duit secara online dengan menyertai peraduan atau kontes yang saban hari terdapat di dalam internet.

Kontes-kontes tersebut ada yang menawarkan hadiah yang besar dan ada yang menawarkan hadiah yang kecil. Ada yang mudah untuk disertai dan ada yang susah sehingga terpaksa mengikut syarat-syarat tertentu yang agak melecehkan.

Cara pengadilannya pun berbeza. Ada yang mengambil kira kedudukan teratas di dalam enjin carian Google iaitu yang kontes berbentuk SEO. Yang ini lebih telus dan bergantung kepada kemahiran peserta secara 100%. Ada yang dipilih pemenangnya berdasarkan isi kandungan entri yang ditulis. Yang ini agak subjektif sifatnya apabila isi kandungan yang menyentuh hati juri sahaja yang akan dipilih.

Rugi siapa yang tidak rebut peluang untuk sertai kontes video funderful Yeo's

Namun sekarang ada satu kontes yang sedang berlangsung yang menawarkan hadiah yang besar sehingga RM40,000. Kontes yang dimaksudkan ialah kontes Video Funderful Yeo's. Pertandingan ini dianjurkan oleh YEO'S Malaysia. Ia diadakan bersempena dengan kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“ oleh yeo's Malaysia.

Apa perlu dibuat untuk memenangi kontes ini? Ya, anda perlu membuat satu video. Video tersebut adalah bertujuan untuk membuat orang yang menontonnya berasa gembira dan membuatkan mereka gelak sakan. Kontes yang bermula pada 1 November yang lalu bakal berakhir pada 15 Disember ini. Ini bermakna sebarang video yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diterima. Berikut adalah hadiah-hadiah yang boleh dibawa pulang:

Hadiah-hadiah kontes Video Funderful Yeo's
Hadiah Utama 
  1. Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s 
  2. Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s 
  3. Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s 
  4. 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1000 dan Produk Yeo’s 
  5. Hadiah Istimewa Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 
Syarat-syarat kontes
  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 
  2. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, sama ada mendaftar sebagai kumpulan (dengan senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu. 
  3. Anda boleh menghantar video penyertaan menggunakan online transfer atau emailkan kepada pihak Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes. 
Untuk info lebih lanjut tentang kontes ni, sila ke halaman Yeo’s Funderful Video Contest atau hubungi wakil media Yeo’s di talian 03-7787 3553 atau 03-7787 3811. Atau boleh juga email ke publicrelations@yeos.com untuk penerangan lanjut.
Reactions

Post a Comment

0 Comments