Harga Tiket Muzium Patung Lilin i-City Shah Alam

The Red Carpet - Muzium Lilin pertama di Malaysia


Berita tentang Muzium Lilin i-City Shah Alam ni dah beberapa bulan keluar dalam akhbar-akhbar tempatan. Tapi tiba-tiba katakunci ini mendapat sambutan semula di blog-blog. Mungkin sebab beberapa hari yang lepas berita tentang Muzium Lilin yang dinamakan The Red Carpet ini telah disiarkan di TV.

Ada juga blogger yang mengambil kesempatan ini untuk menulis lagi atau menulis semula cerita tentang Muzium Lilin i-City Shah Alam memandangkan berita ini sedang dicari pembaca. Antaranya cerita tentang Muzium Lilin i-City Shah Alam yang menjadi tarikan baru pelancong ke Malaysia. Pelancarannya bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014. Di dalam artikel tersebut turut dinyatakan tentang harga tiket Muzium Lilin i-City Shah Alam ini.

Antara kata kunci yang sedang dicari ialah harga Muzium Lilin i-City Shah Alam. Harga yang diumumkan di dalam akhbar semasa perasmian dahulu ialah harga promosi iaitu RM40. Harga terkini boleh dilihat di laman web i-City.

Aku pun belum pernah menjejakkan kaki ke Muzium Lilin ini. Walaupun lokasi tempat tinggal aku tak jauh daripada tempat ini.

Harapnya, nanti ada la masa untuk pergi ke sini. Boleh la bergambar dengan patung ikon dunia. Best!!!
Reactions

Post a Comment

0 Comments