Keracunan Makanan Akibat Puding Buih.
Ujian Aidilfitri buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, Allah masih menjaga kita semua. Allah izinkan kami melalui pengalaman ini agar kami belajar bersabar dan lebih bersyukur.
Memang teruk, sakit, panik dan tidak cukup rehat. Lima orang anak-anak Kak Ida muntah dan berak hampir empat hari tanpa henti.
Kekalutan lap muntah, lap najis, basuh baju, basuh toto, tukar cadar, basuh selimut, tukar pampers yang tiada henti bersilih ganti.
Dalam masa yang sama menguruskan baby kecil yang masih menyusu dan anak istimewa kami Amani yang perlu diasingkan agar tidak terkena wabak yang sama.
Adik-beradik Kak Ida juga mengalami keracunan makanan yang sama, bahkan lebih teruk. Sehingga ke hari ini, jumlah keluarga kami yang warded di hospital ialah lapan orang.
Bukan sekadar sakit, mereka juga mengalami halusinasi akibat badan yang sangat lemah. Meracau, mengigau, demam panas, sakit dada, sakit belakang, sakit tengkuk, sakit perut, menggigil dan banyak lagi.
Puding Buih itu dibeli oleh adik ipar melalui online. Doktor beritahu ia adalah kerana bakteria 'salmonella' yang terdapat di dalam telur berkenaan, berkemungkinan telur tidak dibasuh.
Kes keracunan ini direkodkan di HSNZ Kuala Terengganu adalah melebihi 40 kes. Bahkan mungkin lebih. Semoga Allah permudahkan.
Apapun, perkara sudah berlalu. Kak Ida tidak marah. Bahkan sudah memaafkan. Allah izinkan untuk beri pengalaman dan pengajaran. Buat kami dan juga semua peniaga online.
Mohon sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini doakan kami ye. Mungkin ada di antara doa kalian mustajab yang menjadi asbab kesembuhan buat kami sekeluarga. Jazakumullah.
Maafkan Kak Ida kerana baru sempat update. Memberi ruang buat diri sendiri rehat agar anak-anak mendapat perhatian rapi sepanjang ujian ini.
Tiada daya dan upaya, segalanya izin Allah semata-mata.
0 Comments