Review ringkas TnL Bakery Cafe Hipster di Puchong

 sebenarnya lepas PKP hari tu, aku macam tak jumpa rentak lagi untuk mencari tempat-tempat makan yang menarik dan sedap. Sehinggalah bebaru ni aku kebetulan ke Bandar Kinrara Puchong. Lalu aku tersinggah di satu restoran ataupun lebih tepat jika aku panggil cafe hipster di Puchong.

Kenapa aku cakap lebih tepat kalau aku panggil Cafe? Sebabnya konsep dia yang minimalist dan hipster tu membuatkan lebih tepat kalau dipanggil Cafe.

Lagi pun papan tandanya pun dia letak Cafe. TnL Bakery Cafe.

Cafe Hipster di Puchong – TnL Bakery Cafe



Diringkaskan cerita…

Bila aku masuk ke dalam, terus aku dapat rasakan Vibe yang cukup bagus dan positif. Hiasan dalaman yang minimalist dan berkonsepkan hipster ni memang aku suka. Terus aku terbayang aku lepak kat sini sebagai pejabat kedua aku, berkarya sambil minum kopi. Best…!

Tapi apakan daya.. Lokasinya agak jauh daripada rumah aku. Sangat tak bijak jika aku datang sini semata-mata untuk lepak. Haha

Kat sini ada pelbagai jenis meja dan kerusi yang korang boleh pilih. Ada yang berupa set sofa untuk korang rileks bersandar di sofa empuk sambil hirup kopi bersama rakan-rakan.



Ada jenis kerusi meja yaang sesuai untuk orang lepak situ, bukak laptop dan buat kerja. Korang cari kerusi meja jenis ni kat tepi dinding yang ada plug. Nanti senang kalau korang nak kena caj laptop.

Ada jugak disediakan bahagian khas untuk korang buat tempahan untuk majlis harijadi. Ada ruangan khas disediakan.



Menu pulak ada pelbagai. Ada menu western, menu lokal, desserts yang pelbagai jenis dan minuman yang rare dan sedap.

Masa singgah sini tempohari aku bersama 3 lagi rakan. Ni menu yang kami order:

Tokyo Teriyaki Grilled Salmon



Selain rasa ikan Salmon yang sedap, menu ini diperkuatkan dengan sos teriyaki. Jadi ia terasa seperti menu ala-ala Jepun sikit.

Bermula daripada suapan pertama, sehinggalah suapan aku yang terakhir, menu ini menepati citarasa aku. Semuanya secukup rasa. Sosnya, kentang lenyeknya, Brokolinya.. Memang menepati citarasa aku!

Sos teriyakinya tu mengingatkan aku masa aku travel ke Kyushu beberapa tahun yang lalu. Memang best..!

Norwegian Grilled Salmon



Menu ini juga tidak kurang hebatnya. Salmon yang di grilled dipadankan dengan kentang lenyek dan juga brokoli. Sedap!

Nasi Lemak Basmathi



Nasi Lemak yang dikukus menggunakan beras Basmathi memang tidak pernah menghampakan. Nasinya memang confirm relai sebiji-sebiji menjadikannya mudah untuk digaul dengan sambal. Sambal boleh kena pada setiap butir nasi. Ini yang menjadikannya lebih teruja untuk dimakan.

Tambahan pula, sambal yang hadir bersama-sama aksesori nasi lemak yang lain seperti ikan bilis, timun serta kacang tu sangat sedap.

Orang cakap nasi lemak ni 2 benda jer yang menjadikannya sedap. Yang pertama sambal yang sedap. Yang kedua nasi yang yang lemak dan relai.

Nasi lemak ni boleh dipadankan dengan ayam goreng sebagai lauk tambahan. Ayam goreng kat sini saiznya agak besar. so puashati makan.

Salted Egg Chicken with Rice



Yang menyukai menu berasaskan telur masin, sila order menu ni. Pasti korang berpuashati. Lauk ayam telur masinnya mewah. Puashati makan dengan nasi putih yang dihidangkan sekali tu

Minuman

Untuk minuman hari tu aku pilih:

Ocean Blue Fizzy Soda



Aku memang suka air soda ni. Nak-nak kalau minum selepas makan menu western. Ia macam suatu kepuasan apabila air yang masam-masam manis dan sedikit bergas menerjah tekak. Nyaman sungguh!

Death By Chocolate



Member aku order air ni. Mungkin sebab dia berkenan dengan kemewahan coklat tu kot. hehehe

Review aku

Secara keseluruhan, aku suka dengan cafe ni. Suasana, menu makanan dan minuman, desserts, semua sedap-sedap dan menepati citarasa aku. Korang yang nak try, boleh datang ke cafe hipster di Puchong ni. confirm korang akan puas hati. 

4.5 bintang aku bagi!!!

Reactions

Post a Comment

0 Comments