3 sebab kenapa korang perlu daftar syarikat

yang dapat buat bisnes sampingan, duit-duit keluar masuk tu eloklah kalau direkod. banyak faedahnya rekod keluar masuk ni. rekod ni pulak alang-alang dah buat rekod, buatlah bebetul-betul. biar rekod yang kita buat tu boleh jadi jalan untuk kita kumpul assets.



untuk buat rekod proper, eloklah bukak ataupun daftar syarikat. tak perlu syarikat sendirian berhad pun. enterprise pun dah ok. janji kita boleh buat rekod dibawah label syarikat kita tu.

3 sebab kenapa perlu daftar syarikat:

1. profesional
dari segi imej perniagaan, ada syarikat sendiri memberi lebih kepercayaan kepada orang ramai untuk terus berkerjasama dan bertransaksi dengan kita. ia menmpakkan imej yang lebih profesional.


2. akaun yang betul
jika tiada syarikat, boleh jer kalau nak rekodkan akaun wang keluar masuk bisnes kita tu. cuma ia jadi akaun personal. kalau rekodkan di bawah label syarikat, macam-macam kita boleh buat. ia menjadi sokongan kepada kita dalam banyak keadaan.

3. loan
untuk membuat pinjaman, rekod syarikat di bawah nama kita tu pun boleh dijadikan supporting dokumen untuk mudahkan pihak bank meluluskan pinjaman kita.

dengan rekod syarikat itu juga kita boleh memohon untuk dapatkan fasiliti bank seperti overdrfat dan sebagainya.



haa nampak tak kepentingan syarikat ni kepada kita? aku pun nak bukak syarikat lagi bulan January ni. untuk bisnes online segala income yang aku dapat akan diletakkan di bawah syarikat ini.

nama apa nak bagi untuk syarikat aku ek? kata orang kalau nak best bagi jer nama yang melambangkkan bisnes kita. teringat aku kat minyak herba asmak. nama syarikat dia pun minyak herba asma mujarab sdn bhd. haaa sama sangat...!

Reactions

Post a Comment

0 Comments