rentetan peristiwa sales tudung fareeda

hmmmm.. tak habis-habis kontroversi.. dulu pasal restoran khidmat lembab dan tak best. blog kisah emas putih pernah ceritakan pengalaman dia makan kat situ. dia memang tak puas hati dengan banyak benda kat situ. kisah ni jadi viral sampai masuk surakhabar dan tv.

memang dia ada hantar permohonan. namun permohonan fizo omar kepada emas putih ni aku rasa tak ikhlas kalau baca surat permohonan maaf tu. siap sindir-sindir pulak. haish. aku baca pun cam panas je telinga.

lepas tu ramai jugak yang komplen pasal restoran fizzo omar ni. ingatkan dah lama sikit ada kemajuan, tapi kawan aku pergi beberapa minggu lepas tak der perubahan pun. masih ditakuk lama.

hmmm tak per lah. kita tinggalkan kisah restoran fizomawar. kita tumpu pada isu terbaru. kali ini membabitkan isteri fizo iaitu mawar. tentang sales butik tundungnya fareeda yang menimbulkan isu panas.


malu tengok bangsa melayu islam diperlakukan macam ni. macam lembu kata wardina


saper tengok video sales tu yang dimuatnaik sendiri oleh pemilik fareeda ni, memang sakit hati la. nak marah pun ada. malu pun ada. nak marah sebab bila tengok pemilik butik fareeda macam bangga memperlakukan pelanggannya sampai begitu sekali. bangga tengok pelanggan yang ramai di kalangan makcik-makcik bersesak-sesak bertolak-tolak bercamour lelaki dan perempuan.

macam-macam boleh jadi dalam keadaan macam tu. sex harassment, raba aku rasa memang confirm ada. seronok lah lelaki yang miang dan gatal tak hingat halal haram.

bukti ada perbuatan raba


malu apabila melihat bangsa ku menjadi begitu sekali hanya dek kerana tudung. matlamat tak menghalalkan cara. kononnya nak beli tudung dan nak pakai untuk tutup aurat. tapi dah berebut berhimpit (nak jer aku cakap berpeluk) macam sekali dah jadi haram.

aku suka wardina sound direct macam tu. kalau tak sedar lagi tak tau lah. aku tau lah nak untung. siapa yang berniaga memang nak untung. tapi kalau dah macam tu gayanya mana nak berkat.

wardina sound setepek


benda ni dah viral. sukalah dia sebab dapat iklan free. tapi berkatkah rezeki?

dan hari ni pulak keluarlah fesyen-fesyen tudung yang dah 2-3 tahun digayakan. dan fesyen tudung ni diakui rekaan mawar sendiri. ni ha gambar foto tudung yang serupa dengan tudung yang mawar cakap rekaan dia sendiri:








korang fikirlah sendiri. kenapa nak taksub sampai macam tu sekali.



Reactions

Post a Comment

0 Comments