mazhab syiah... eh tak tau lah nak cakap syiah ni mazhab ke satu bentuk agama. tapi ia adalah satu pegangan yang agak pelik dan berlainan daripada konsep Islam sebenar. banyak amalannya yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
malaysia tidak mengiktiraf syiah |
antara yang paling terkenal amalannya yang bercanggah dengan Islam sebenar ialah amalan kahwin muta'ah, sanjungan yang amat tinggi saidina Ali sehingga sama taraf dengan nabi, imam-iman 12 mereka yang maksum, dan lain-lain lagi.
begitu juga dengan sambutan hari karbala' di mana mereka menyiksa diri dengan memukul badan-badan mereka dengan sendiri. aku tengok ada persis sambutan hari thaipusam di negara kita pulak.
sambutan hari karbala |
begitu juga dengan cacian mereka dan tuduhan kafir mereka ke atas khulafah alrasyidin dan saidina Aisyah. mereka ini yang sangat dimuliakan oleh Rasulullah dihina oleh mereka dengan sebegitu hina sekali.
aku bukanlah mengkaji secara details tentang ajaran syiah ini. tetapi aku tau ia agama yang agak pelik. jika korang taip keyword syiah kat youtube, pasti berlambak kisah pasal penyelewangan syiah ni akan keluar.
Ada juga yang mengatakan syiah dan negara iran adalah sekutu Amerika Syarikat yang menjadi tentera dajjal nanti. ada kemungkinan juga. banyak logiknya kalau korang baca buku tentang dajjal.
rujukan website dan blog-blog tentang syiah dan mengapa ia sesat juga banyak terdapat di dunia maya. taip keyword dan hayati cerita dan ambil pengajarannya.
ada orang kata syiah ini tak kesah buat apa pun. selagi niat dan tujuan mereka tercapai, apa-apa yang dibuat untuk mencapai kearah itu dikira halal. walaupun sebenarnya sebaliknya.
orang kata awas dan hati-hati jika makan di restoran ataupun kedai makan milik orang iran pengikut syiah. dikhuatiri makanan di situ diragui kehalalannya dek kerana sikap mereka yang tidak kesah.
moga kita semua terpelihara daripada fahaman syiah ini.
0 Comments