Harga Tiket Kidzania, Berbaloi Dengan Yang Anak Anda Dapat



cuti sekolah dah nak habis. sepatutnya dah habis dah pun. tapi sebab ada cuti ehsan kerana menghormati mangsa banjir yang masih bergelut menguruskan hidup selepas terkesan teruk akibat banjir besar, cuti sekolah ditambah lagi seminggu.

Bagi yang belum membuat persiapan membeli barangan sekolah anak-anak, boleh lah membeli barangan tersebut pada minggu ini. Jika ada duit lebih boleh belikan sekali untuk didernakan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

sambil itu, kepada ibubapa yang tinggal di lembah kelang yang belum membawa anak-anak bercuti, korang masih sembap bawa anak-anak bercuti di minggu terakhir ini.

aku cadangkan korang bawak anak-anak korang ke Kidzania. mudah...! tempat pun dalam bangunan. siap ana aircond lagi. tak der la nak risau hujan ke panas ke masa anak-anak korang bermain kat sana.

Harga Tiket Kidzania 

mesti korang tertanya-tanya tentang harga tiket untuk masuk ke kidzania. Harga tiket di sini bermula daripada PERCUMA untuk bayi sehingga RM75 untuk ibubapa. korang boleh cek harga di laman web kidzania.

mengecap suasana berkerja sebagai ahli bomba


aku gerenti anak-anak korang pasti seronok giller bermain di sini. memang tak terasa sehari suntuk korang habiskan masa di di sini.

Aktiviti Kidzania 

di sini anak-anak korang boleh pilih nak kerja sebagai apa. ada beretus-ratus pekerjaan olok-olok kat dalam tu. kerja di sini pun boleh dapat gaji tau. wang kidzania yang diperolehi anak-anak korang sebagai gaji tu boleh korang tukar dengan barangan masa nak keluar tu.

jadi doktor memang seronok


kalau tak nak tukar lagi pun tak per. korang boleh simpan. datang lain kali wang tu boleh jer campurkan dengan duit gaji yang baru untuk ditukarkan dengan barang yang lebih tinggi nilainya.

untuk info lanjut pasal kidzania ni, korang boleh baca entry ini. ada info pengalaman penulis tu pasal kidzania. mantap gak infonya. boleh la imagine macamana suasana di sini sebab ada gambar sekali.

Jadi ibubapa yang bagus

jadi inilah masanya nak ambik hati anak-anak korang. jadilah ibubapa yang bagus, yang disayangi oleh anak-anak. biar diorang nampak kita ni sebagai hero di mata mereka. baru lah mereka respek dan sayang kat kita.

oh ya. kepada sesiapa yang nak tahu macamana nak didik anak supaya menjadi anak-anak yang pintar dan soleh, korang boleh baca ebook ni. kat dalam ebook tu banyak disediakan tips dan petua-petua macamana nak didik anak.

korang boleh klik sini: Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! untuk info dan tips yang anda cari tu.

selamat bawak anak-anak korang ke kidzania. selamat jadi ibubapa yang bagus dan disayangi.


Reactions

Post a Comment

0 Comments