Kat Mana Nak Layan Buffet Ramadhan Ek?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik hari dah masuk hari ke 9 kita berpuasa... Macamana puasa korang? Dah ada tertinggal ke? Hehehehe.. Orang perempuan mesti dah ada yang tertinggal puasa ni...

Sebut jer bulan Ramadhan pasti terbayang kemeriahan semasa solat Terawih... Surau-surau kat kampung ataupun kawasan perumahan kita mesti ramai giller orang. Sampai ke luar jemaah yang hadhir. Cuma yang sedihnya keadaan yang ramai tu hanya pada awal-awal sahaja. Bila Ramadhan dah berbaki semakin sedikit, bilangan jemaah pun berbaki sedikit. Sedih jugak lah dengan keadaan ini. Setiap tahun akan jadi macmam tu. Tapi tak apa la kan. Nak buat macamana. Surau dan asjid penuh setahun sekali pun kira ok la jugak. Daripada setahun masjid tak pernah penuh. kan?

Bazar Ramadhan ataupun Pasar Ramadhan. Ada orang dah panggil PARAM untuk pasar Ramadhan ni. On the way balik rumah daripada tempat keje ni nampak la beberapa tempat PARAM ni.. Tapi aku tak pernah singgah lagi. Cuma hari pertama je aku singgah kat PARAM kampung melayu subang. Tu pun sebab banyak lagi kelengkapan masak yang belum ada kat rumah. So makan kat luar la hari tu.

Buffet Ramadhan. Haaa. yang ni la nak tanya ni. Kat mana ek buffet ramadhan yang murah sikit tapi best? Kat area Shah alam ni ada tak. Yang aku nampak semuanya harga melebihi rm50 satu kepala. Nak bawak family ni. kalau mahal-mahal sangat kopak gak poket ni.. huhuhu.

dengar cerita ada satu tempat buffet ramadhan yang murah kat KL tu. Casa Ombak nama dia. Buffet Ramadhan kat Casa Ombak ni RM55 je satu kepala. Murah tu. mana nak cari harga tu dalam KL. konsepnya ala garden. menu makanannya ala makanan kampung. Cam best jer kan. Nak pegi la nanti. Walaupun agak jauh kat KL nun. Tak per la. sebelum tu pegi la memamna dulu. Beli baju raya ke... tak ada la nak pegi KL semata-mata untuk itu. kaaan.



Saper yang pernah pegi ke situ? boleh la share sikit info..

Ok la.. saja jer buat entri ni. sebab blog ni dah lama sangat tak terupdate. ok Bai..

Selamat berpuasa. Selamat beribadah di bulan puasa...
Reactions

Post a Comment

0 Comments