Hari ini aku menghabiskan masa bersama rakan-rakan bloggers dan pengamal media sosial yang lain di Sunway Pyramid Convention Centre kerana menghadiri seminar 2 hari sempena Malaysia Media Sosial Week 2014. Seminar yang dinamakan World Bloggers and Media Social Summit.
Seminar yang dibuka penyertaannya kepada peserta seluruh dunia ini adalah program tahunan. Tahun lepas aku tak dapat hadir. Tahun aku berpeluang ke sini atas tiket Denaihati Network. Jika tidak yuran penyertaan sebanyak RM399 dikenakan. So alhamdulillah. Aku dapat hadir tanpa apa-apa bayaran. Moga ilmu yang aku dapat ni dapat aku kongsi kepada semua.
Dah nama pun Media sosial, pengisiannya memanglah banyak tentang media social seperti twitter yang sangat berkuasa, facebook yang menjadi kegilaan hingga ke Linked in yang lebih professional platformnya.
Secara konklusinya sosial media ni memang penting untuk kita dalam apa jualan keadaan. Untuk berniaga, untuk menaikkan jenama sesuatu barangan, untuk menyanpaikan mesej ataupun hanya untuk menambahkan kenalan.
0 Comments