Contest SEO Eridy Yang Kelaut


 Memang kelaut!!! Sekarang ni entri contest SEO Eridy aku dah duduk kat page berapa dah aku tak pasti. Semalam aku tengok page ke enam. Yang pasti entri tu memang kelaut kali ni. Tapi tak mengapa. Itu semua adalah proses pembelajaran daripada aku.

Macam-macam gaya aku tengok peserta contest ni menulis. Ada yang berjaya duduk di atas dalam jangkamasa yang lama. Aku rasa peserta ini adalah antara pilihan untuk memenangi contest ini kot. Ada yang berjaya berada di atas sekejap untuk beberaa hari kemudian terus ditendang oleh Google ke mukasurat bawahan. Ada yang daripada dulu dah berada di bawah. Tak juga naik-naik. Hahahaha. Aku termasuk dalam kategori itu la kot.

Banyak faktor yang aku perhatikan untuk berada di kelompok atasan dalam kedudukan di enjin carian Google. Antaranya ialah kekuatan blog itu sendiri. Aturcara blog yang lebih mesra Google berkemungkinan besar menyumbang kepada faktor ini.

Selain itu, Page Rank yang tinggi juga boleh menolong sesuatu blog itu untuk berada di kelompok elit. Page Rank ini adalah ranking ataupun kedudukan yang diberi oleh pihak Google sendiri. Banyak faktor yang aku rasa tak ramai yang tahu bagaimana Google memberi Page Rank kepada setiap blog. Tak ramai yang betul-betul pasti tentang ini. Sebab itu kita lihat tidak banyak artikel yang diterbitkan oleh penulis-penulis blog tentang Page Rank ini. Jika adapun semuanya seperti kabur. Tiada yang betul-betul solid. Namun apa yang pasti, semakin tinggi Page Rank yang dianugerahkan oleh Google, semakin mesra blog tersebut dengan enjin carian Google. Dan sudah pasti ini memberi kelebihan di dalam meletakkan blog tersebut di tangga teratas di mukasurat pertama enjin carian Google.

Faktor lain seperti backlink, jumlah trafik, platform blog juga boelh memainkan peranan utama di dalam memberi kelebihan kedudukan teratas ini. Jika ada mood selepas ini aku akan mengulas tentang faktor - faktor yang lain itu.

Contest SEO kelolaan Eridy ini memang mencabar. Ianya membantu aku mengetahui tahap blog aku yang sebenar daripada sudut kemesraan nya dengan enjin carian Google
Reactions

Post a Comment

0 Comments