cuti sekolah singkat. pi sunway laggon jer

cuti sekolah yang singkat. tak sempat nak gi memana pun. tapi kalau tak bawak anak-anak jalan-jalan kesian pulak. takkan diorang habiskan masa kat rumah je kan.. so cari-cari dan fikir-fikir la mana nak bawak diorang. 

terserempak ngan entri cadangan tempat-tempat yang sesuai bawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah ni. 2 tempat menarik perhatian aku. satu naik ke genting highland. selain dapat singgah di genting strawberry leisure farm, dapat ke resort world genting terus. boleh bermalam kat sana. dapat la hirup udara sejuk genting. pakai baju tebal.. fefeeling macam kat oversea gitu.. hahaha.

genting strawberry leisure farm
satu lagi ke sunway lagoon. best jugak ni. boleh duduk seharian kat dalam tu. boleh main air. dah puas main air boleh main adventure. memacam permainan adventure ada. dah boring main tu, boleh bertakut-takutan dalam rumah hantu. menjadi ghostbusters memburu hantu.

dah petang kalau masih tak penat boleh rehat-rehat sambil berjalan melihat haiwan-haiwan kat mini zoo. dengar kata dah makin banyak haiwan yang diletakkan dalam mini zoo ni. ok la tu. tak payah pergi zoo negara dah. kat zoo negara besar sangat. aku penat nak jalan.

haaaa... kalau nampak kelebihan aku lebih berminat nak ke sunway lagoon. sebabnya lebih dekat dengan rumah aku. dan banyak benda boleh main dan rasai pengalaman. daripada permainan air hinggalah ke melihat binatang.

permandangan vuvuzela sunway lagoon


kos... haaa yag ni paling penting. tiket mau rm100 lebih untuk dewasa. untuk kanak-kanak pulak dekt-dekat rm100 jugak. dia bukan ada diskaun 50% gitu. 

yg ni aku ada advantage. aku ada kad sunway lagoon unlimited enries. dan aku ada 2 lagi voucher yang belum digunakan untuk masuk ke sini. so jimat dah 3 orang. so aku kena beli 2 jer lagi tiket untuk anak-anak. so kos tiket dalam rm200. kos makan dalam rm100. 

haaa... jimat pergi sunway lagoon. tambah pula banyak permainan boleh rasa. so confirm la aku pergi sunway lagoon.

ok done decide.
Reactions

Post a Comment

0 Comments