Hari ni aku temankan wife dan adiknya shopping kasut. Adik ipar aku bakal menghadiri majlis konvokesyennya pertengahan bulan ini. Kerja keras belajar di jurusan farmasi akhirnya membuahkan hasil. Sekarang tunggu tawaran kerja pula.
Oleh kerana membawa anak-anak sekali, aku temankan diorang bermain-main di kawasan permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak di sini. Ini adalah antara benda yang aku suka kalau shopping di sogo ni.
Tengah-tengah boring tunggu ni perut pulak bernyanyi lagu keroncong. Waktu-waktu macam ni lah aku akan teringat restoran roti canai sedap di selayang yang aku terjah tempohari. Banyak giller roti canai yang disediakan oleh pengunjung di sini. Ada 30 jenis semuanya.
Bebaru ni hanya sempat merasa 3 jenis daripada 30 jenis tu. Roti Hawaii, Roti Salad dan Roti Jepun yang aku nikmati bebaru ni memang menarik. Rasanya memang sedap di samping keunikannya yang tersendiri.
Memang aku rekomen la korang pergi kalau nak rasa roti canai yang best dan sedap. Paling best di area lembah kelang ( kl dan selangor ) kot. Kalau tak pun, paling sedap sedap di selayang memang aku pasti.
Balik dari sogo ni aku rasa nak singgah sana lah. Jom!
0 Comments