Sohoque Hensem



entri ni aku tulis sekadar untuk experimen sahaja. jangan nanti ada yang termuntah bila baca sudah la ya. 

aku dalam usaha menyiapkan satu entri di blog yang lain berkenaan dengan SEO. aku nak menerangkan kepada pembaca bahawa ada keyword senang untuk naik di muka surat pertama google. dan ada yang susah.

ok.. tajuk entri ni sohoque hensem. memang tak boleh blah kan? hahahah. Tapi nak bagitau korang, nama sohoque ni memang unik walaupun hensem tu sebenarnya tak ada lah sangat. Errr manis tu ada lah sikit-sikit. hehehe

Kalau tak percaya cuba orang taip sohoque kat kotak carian google. semua yang keluar tu adalah berkenaan dengan aku. semua media sosial aku yang rasmi aku gunakan nama sohoque. Ada nama lain juga, cuma yang itu untuk tujuan lain. 

Apa lagi aku nak tulis ni ek? ok jom merapu...

ok. aku guna smartphone iphone 6 plus. pagi ni, bangun daripada tidur aku terus capai smartphone aku. bila aku sentuh skrin, tidak berfungsi. mesej ada jer aku terima tapi tak boleh nak buka dan baca. skrin tak berfungsi. puas aku tekan dan swipe ke kiri dan kanan, tapi tetap iphone ni tak mau berfungsi.

memang bengangla kan.. iphone ni baru 6 bulan pakai kot. mungkin sebab semalam aku backup dan sync ke laptop aku tak habis proses lagi kot. aku terus disconnect. 

sekarang aku kat restoran mamak jalan yap kwan seng. bukak laptop guna wifi restoran ni. nak main iphone ni pun tak dapat nak access.

jadi sohoque yang tak berapa nak hensem ni dah tak tau nak buat apa sekarang. rancangannya lepas ni aku nak ke celcom KLCC. nak tanya pasal masalah iphone ni. sebabnya iphone ni aku beli dengan celcom. apa-apa masalah datang celcom katanya.

huh.. korang rasa apa masalahnya iphone ni ek? bengang betul. memang sah, hari aku tak boleh nak buat kerja lain. mesti aku sibuk bereskan pasal iphone ni.

ok lah. aku nak publish entri ni. nak tengok keyword mudah sohoque hensem ni boleh naik tak dengan blog merapu ni. kalau naik aku akan buatkan entri di blog sohoque.com tentang ini.


ok. jumpa lagi di masa mendatang.
Reactions

Post a Comment

0 Comments