petua lemahkan syaitan!

syaitan yang boleh menjadi sebesar rumah dan sekecil lalat

syaitan adalah dari golongan jin mempunyai saiz badan yg boleh membesar dan mengecil.Apabila sesorg mengumpat dan mencelanya, syaitan akan membesar sebesar RUMAH!

oleh itu, Rasulullah SAW melarang kita memaki dan mencela syaitan. sebaliknya, Rasulullah SAW mengajarkan satu kalimah mudah yang boleh menjadikan saiz syaitan sekecil saiz seekor lalat.

Bacaan itu adalah bacaan basmalah, iaitu "bismillah" atau lengkapnya: 
بسم الله الرحمن الرحيم

dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Daud dari Walid Abu Malih, ayahnya pernah dibonceng Rasulullah SAW menceritakan:

Ketika aku dibonceng Nabi SAW, tiba2 unta beliau tergelincir, serta merta aku berkata, "Celakalah syaitan!"

Maka beliau SAW bersabda, "Jangan kamu katakan, 'celakalah setan,' sebab jika kamu katakan seperti itu maka setan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; 'Itu terjadi kerana kekuatanku'. "Akan tetapi, ucapkanlah 'Bismillah' sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat."(HR. Abu Dawud)

Inilah salah satu fadhilah (keutamaan) basmalah.

Dlm Tafsir Al Qur'an, setelah membwa hadis ini Ibnu Kathir menjelaskan: "Demikian itu berkat kalimah 'bismillah'. Oleh itu, pd permulaan stiap perbuatan & ucapan disunnahkan terlebih dulu membaca basmalah. "WaLLahu a'lam bissowab.


Reactions

Post a Comment

0 Comments