nak terer buat blog.. ni pi berguru sini..!

Posted by on Thursday, December 7, 2017

Memang kita dah sedia maklum… kebanyakan platform yang orang guna untuk buat blog adalah palform blogger dan wordpress (WP). Ada yang gunakan joomla ataupun drupal tetapi bilangannya tidak sebanyak blogger dan wordpress yang lebih popular.

Sebabnya aku rasa kedua-dua platform blogging ini lebih senang untuk dipelajari. Dan kedua-duanya ada pilihan pakej free tanpa perlu untuk langgan kepada hosting bagi menyimpan data-data blog. Walaupun WP yang menggunakan hosting berbayar lebih luas kapasitinya.



Kedua-dua platform ini walaupun senang, pengguna kena jugak belajar “menggodek” blognya untuk menjadikannya lebih teratur dari segi layoutnya dan dari segi settingnya untuk menepati kehendak google. Ini melibatkan isu SEO (search Engine Optimization) iaitu untuk memudahkan google crawl artikel kita dan menaikkan katakunci (keyword) yang kita tekankan untuk berada di kelompok atas di kotak carian google.

Ya.. boleh jer belajar sendiri. Berlambak artikel kat google tentang bagaimana nak operate platform ini. Cuma bila masuk bab kefahaman, tak semua yang boleh ikuti penulisan di google tu. Ini melibatkan asas teknikal yang ada pada seseorang.

Jika backgroundnya adalah IT yang melibatkan teknikal pasti ianya akan cepat dihadam. Namun jika tiada asas seprti itu, mungkin akan menjadi masalah untuk dihadam jika belajar hanya melalui pakcik google.

Untuk yang tak mau pening kepala, korang boleh cari guru untuk hadiri kelas belajar buat blog dan asas seo anjurannya. Aku ada terjumpa satu syarikat yang buat servis tersebut. Korang boleh ushar entri di bawah:


Cuma sayangnya kelas ini hanya menumpukan kepada blog yang menggunakan platform WP. Untuk platform blogger/blogspot aku belum pernah jumpa lagi. Tapi kalau blog korang blog biasa-biasanya jer sebelum ini, ok jer korang tukar kepada platform WP untuk lebih serius dan untuk mencari income tambahan daripada aktiviti blogging korang.

Bacalah entri tu. Kalau berkenan daftar jer kelas tu. Nak whatsapp dulu tanya diorang pun boleh. Janji sebelum pergi korang dapat fakta yang jelas tentang apa yang bakal korang belajar nanti. Tanya jer. Diorang ok.


Ok lah. Korang pi daftar dulu. Aku nak chow dah. hehehe

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment