kesian menteri besar terengganu ahmad razif dilucutkan semua gelaran darjah kebesaran

menteri besar terengganu kena lucut semua pangkat darjah kebesaran oleh sultan terengganu.

ahmad razif, menteri besar terengganu


hmmmm kesian pun ada. tapi bila dah berlaku macam ni mesti ada sebab musabab sebab apa sultan mizan bertindak sedemikian.

dengar cerita sebab text ucapan beliau yang merendahkan institusi raja terengganu. ntah la. yang mana satu betul pun aku tak tau. kalau lah betul sebab ucapan, satu persoalan yang timbul. adakah beliau tak baca dulu text ucapan tersebut sebelum berucap?

jika betul sebab text ucapan yang menyebabkan sultan murka hingga menteri besar terengganu itu dilucutkan semua pangkat dan darjah kebesaran oleh sultan terengganu, mesti yang buat text tu paut dipersalahkan.

ataupun ada unsur sabotaj di sini?

ada jugak desas desus yang mengatakan kes ini ada kaitan dengan 1MDB yang asalnya adalah syarikat terengganu. entahlah. sejauh mana dakwaan aku pun tak tau.

kes ini mengundang pertanyaan lanjutan daripada aku. adakah saudara ahmad razif, menteri besar terengganu yang dilucutkan semua pangkat dan darjah kebesaran oleh sultan mizan, sultan terengganu masih menjadi menteri besar terengganu?

mengikut status-status di fb, ia dikatakan sedang "menghitung hari". habis bulan ini menteri besar baru pula yang akan angkat sumpah. kata desas desus yang aku dengar. entahlah. aku pun tak tau.

persoalannya, siapa bakal menteri besar baru jika benar kes ini menyebabkan ahmad razif terlepas jawatan menteri besar?

ada jugak yang mengatakan terengganu bakal membuat kerajaan campuran di antara pas dengan umno. kalau betul dn yang ini loebih baik untuk negeri dan Islam, apa salahnya. aku setuju jer. jangan ada yang dijadikan batu loncatan sudah la.

apa-apa pun kita tunggu sajalah kes ini selesai. malas aku fikir. baik aku usha jubah lelaki untuk hari raya nanti. ada gak pekdahnya!
Reactions

Post a Comment

0 Comments