6 cara utama untuk berhenti merokok

Cara berhenti merokok


memang ramai daripada sahabat gua yang merokok. gua rasa sahabat-sahabat lu orang pun ramai yang amalkan tabiat ini. entah-entah kamu yang sedang baca karangan gua ni pun merokok kot. hehehe.

merokok ni apa pun alasan lu orang memang tabiat yang tidak elok. tabiat ini banyak mengundang kemusnahan daripada kebaikan. kesan rokok amat dahsyat. bukan sahaja kepada orang yang merokok malah kepada orang yang berdekatan. semua penyakit yang datang daripada tabiat ini kebiasaannya adalah penyakit yang berat. kanser, mati pucuk, penyakit hati, penyakit paru-baru, salur darah tersumbat, sakit jantung dan lain-lain lagi adalah antara penyakit kronik yang sempat gua ingat masa tulis karangan ni.

yang lagi kejam, sesiapa yang amalkan tabiat ini membahayakan orang sekeliling. mereka yang turut menyedut asap rokok yang dihembus turut berpenyakit. bayangkan seorang ayah yang merokok di depan anak-anak kecilnya. lalu anak kecil tersebut turut menyedut asap rokok yang dihembus. lantas dengan sebab ini anak tersebut didatangi penyakit kronik yang gua sebutkan tadi... ishh.. tak sanggup gua teruskan. tapi secara konklusinya ayah tadi memang kejam.

jadi atas dasar ini, mau tidak mau lu orang mesti berhenti merokok. lu orang kena cari cara untuk meninggalkan atau berhenti daripada merokok.

suka atau tidak lu kena berhenti merokok. cari cara bagaimana nak berhenti merokok


sebenarnya ada 6 cara yang gua terfikir kat sini untuk berhenti merokok. cara-cara ini adalah hasil dari pemerhatian gua dan juga pembacaan.

6 cara untuk berhenti merokok 



  1. azam dan niat yang bersungguh-sungguh

    segalanya bermula dengan niat dan azam yang bersungguh-sungguh. lu orang kena tau sebab sebenar kenapa lu orang mesti berhenti dari tabiat ini.

    tuliskan sebab-sebab di atas kertas. tuliskan juga kesan-kesan jika lu orang tidak berhenti merokok daripada sekarang. perincikan kesannya untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. perincikan siapa yang akan terkena kesan buruk jika lu belum berhenti merokok.

    letakkan sasaran masa (target) bila lu mau berhenti merokok. berikan masa yang sesuai. tapi jangan terlalu lama. contoh target masa ialah "aku ingin berhenti merokok dalam masa 3 minggu daripada sekarang".

    semua yang lu tulis tadi, lu tuliskan elok-elok atas kertas. kemudian lu tampalkan di tem[at-tempat yang lu selalu tengok. biar apa yang lu rancang tersebut selalu bermain dan berlegar di dala kepala hotak lu.
  2. pilih sahabat

    lepas sematkan azam yang kuat untuk berhenti merokok, lu perlulah memilih kawan sikit. sekurang-kurangnya untuk msementara waktu lu berjuang untuk hindarkan tabiat ini.

    hindari sekejap kawan-kawan yang merokok. berkawanlah dengan orang yang tak merokok. gua cakap hindarkan tu bukannya suruh lu putuskan silaturrahim. tak baik namanya tu. cuma lu elakkan daripada makan dengan diorang. sebab lepas makan mesti diorang akan kenduri rokok punya. kalau lu ada sekali confirm ianya menguji tahap kesabaran lu.

    bagila alasan yang baik untuk menolak pelawaan diorang untuk lu sama-sama join diorang. bagitau diorang lu sedang dalam proses berhenti merokok. bila dah bagitau diorang ni lu sedang dalam proses tinggalkan tabiat ini, jiwa lu memang dah kena kuat giller. sebab diorang confirm akan gelakkan lu kalau lu tak berjaya nanti.

    tapi dengan cara bagitau diorang lu pun boleh la berusaha dengan lebih tekun untuk membuktikan yang lu memang betul-betul serius. untung-untung kalau lu berjaya nanti diorang akan ikut jejak lu. sebab lu dah buktikan pada diorang yang lu berjaya.
  3. sibukkan diri

    godaan untuk berhenti daripada tabiat ini memnag dahsyat. memang dahsyat gua cakap lu. sebab nak buat benda baik ni memang susah. syaitan akan cuba goda lu baik punya.

    jadi ada baiknya lu cuba sibukkan diri. lu banyakkan kerja. lu pergi bersukan, lu pergi gym dan sebagainya. lu rajinkan diri pergi surau. dengar ceramah dan lain-lain. insyaAllah lu akan makin lupakan tabiat ini yang dah memang sebati dengan jiwa lu sebelum ini.
     
  4. banyakkan ibadah

    yang ini amat penting. ketahuilah kita manusia yang lemah. lu dan gua memang lemah. godaan memang dahsyat datang dari pelbagai sudut. jadi hanya ada satu cara untuk mintak tolong. minta tolonglah daripada Sang Pencipta kita.

    hanya Allah yang mampu menolong kita. banyakkanlah berdoa kepadaNya. bercakap dan mengadulah denganNya. bagitau yang kita sedang berusaha untuk berhenti dan berhijrah daripada merokok kepada tidak merokok. minta Dia tolong tetapkan azam lu dan cekalkan hati lu.

    insyaAllah doa untuk buat benda baik ni akan dimakbulkanNya.
  5. banyakkan minum air masak

    banyakkan minum air masak. bila terasa ja nak merokok ambil air masak yang dah lu sediakan sebagai bekal lu kemana saja lu pergi dan minum. insyaAllah air masak boleh mencuci toksin-toksin yang selama ini melekat di dalam diri lu.

    kalau nak best lagi lu bawa air masak tu dan solat hajat. baca doa dan hembuskan kepada air masak tu. InsyaAllah ia juga boleh jadi ubat pada lu untuk tinggalkan tabiat ini.
  6. beli buku ini --> Cara berhenti merokok dalam masa 3 minggu



    sebab gua suruh lu beli buku bukannya apa. ianya sebab mamat yang karang buku ni ada bagi cara, tips dan petua untuk berhenti merokok. tips dia dengan tips gua mungkin sama. tapi yang bezanya cara dia untuk berhenti tabiat ini adalah hasil daripada pengalaman dia sendiri yang berjaya berhenti merokok dalam masa 3 minggu.

    gua dah lama berhenti merokok. gua berhenti masa gua tingkatan 2 lagi. masa gua hisap rokok pun bukannya sebab ketagih ke apa ke. gua hisap sebab nak jadi sebahagian daripada kawan-kawan gua yang hisap rokok.

    jadi ada baiknya lu beli buku tu. tak mahal tapi amat membantu lu untuk lebih yakin untuk berhenti daripada tabiat ini. 

Konklusi 

keluarga bahagia tanpa rokok


itulah 6 cara untuk berhenti merokok. lu ikut dan buat sekarang. tak guna lu bertangguh untuk benda yang tak elok ni. mulakan daripada sekarang.

gua doakan lu berjaya buat apa yang lu sasarkan dengan cara yang diberi ini ataupun dengan cara lu sendiri. jom berhenti merokok!
Reactions

Post a Comment

0 Comments